Hari ni hari terakhir UPSR. i dont know what to expect. semua ilmu seciput dlm dada dah aku bagi, semua nota dah aku sampaikan...terpulang kepada students aku. dan students kampung ni lain sikit...tak macam kat sekolah lama. selamba aje...sampai aku pun tak boleh agak yg diaorg ni faham ke tak apa aku ajar.
selesai aje paper science....semua turun dgn senyuman di muka. ada sorg dua yang menerpa mcm nak peluk aku.
"Cikgu, section B tu kan semuanya ada dalam topik yg cikgu suruh baca semalam! terima kasih cikgu!"
lega hati aku...tapi topik yg kena..korg jawab mcmana plak?
hai, anak..anak... korg ni buat cikgu tak dpt tidur lena utk lagi sebulan lebih la....
Ya Rahman, Ya Rahim...terima kasih kerana memberi idea dan menitipkan inspirasi dan ilham utk ku bantu students ku. terima kasih, ya Allah...terima kasih..alhamdullillah!!!