Thursday, December 22, 2011

raksasa bermata hijau

(green-eyed monster..maknanya org yg jeles. tak caya tgk sini)

aku adalah raksasa bermata hijau kerana aku selalu jeles.

jeles dgn org yg pakai jeans saiz 28...

jeles dgn org yg ada anak..

jeles dgn org yg ada keta idamanku..bmwz4, celica, audi...bla..bla..bla...

jeles dgn org kurus...

jeles dgn org cantik...

jeles dgn org dpt APC...

jeles dgn org gaji besar...

jeles dgn org ada bibik..

heeeee...i am such a b!%$&...

oleh itu: azam tahun 2012 ialah untuk jadi lebih grateful.


Friday, December 16, 2011

nasi beriani abah...bukan abahku...

Apalah orang Johor tanpa nasi brianinya? walaupun aku ni berdarah tulen Johor Jawa, tapi takla gila sgt nasi beriani. bukan apa...berempah sgt. senang citer, kalau ada aku makan. kalu takde, aku tak cari. tapi cik abg i mmg peminat nasi beriani. apahal tah..padahal kalau yg tak kena perut, mmg la kena buang2 air.

so hari ni dia sudah heret aku ke Nasi Beriani Abah kat BBU. er...yg area opposite Perodua Service Centre. near a bank tu. sorry la...tak ingat la bank apa. kedai dia warna oren. so hubby ordered beriani kambing, i pny beriani puyuh masak merah.

firstly...sorry sbb lupa nak amik gmbr b4 mkn sbb dah lapar sgt. hehehehe....


bila tgk je warna merah kuah dia..dah terdetik dah.."mcm lada kisar dia tak masak jek"...bila dah rasa...mmg sahih! lada tak masak. tapi manis dia ok dah..cuma tu la..rasa lada tak masak.


one thing baout him is..dia SUKA kambing. so sedap ke tak..dia sapu licin. dah sendawa baru komen. tp aku rasa kuah beriani ni...ok la..cuma terlebih rasa kayu manis n cengkih. mcm rasa2 pedar kat lidah. err..pedar tu mcm ko rs....mkn something and rasa mcm slightly numb kat lidah...eh, ko jilat la kayu manis ke cengkih ke..pastu rasa apa kat lidah tu afterwards tu la pedar.

masakan..aku bagi 3.5 star out of 5..hehehehehe...(komen mcm pndi msk!)

Apa pendapat En Hubby?

saya suka jek!
decoration kedai? ala2 moroccan gitu..siap patung unta bagai...boleh la nak kasi sejuk mata memandang..



Tuesday, December 13, 2011

again?

"lagi 6 bulan, kita dapat la anak sedara nombor lima,"

oh, f$%^! 


Again? 


memang bahagian aku dah dibagi pd org lain agaknya, ek?


so skang nak kena la standby utk goo gaa gaa to another baby la? 


DAMN!


This is unfair!


tetiba aku menyesal lak beli rumah kat kg. apasal la aku tak duduk Timbuktu jek... 


ARGHHHHHHHHHHHH!



Friday, December 9, 2011

tudung=hijab

Apa gaya terkini bertudung? i cant keep up anymore. let just say yg ada awning ala ariani tu sgt praktikal. tinggal sarung aje. utk muka tembam montel bilat ala dinner plate / dinner roll mcm i ni kena la amik awning yg keras skit..so kengkonon tirus la ...huahahahahaha....

ni pki tudung bawal je...tapi sumpah...ni la pic aku paling lawa seumur hidup aku. and yes..i  touched  up skit...hehehehe

aku sukastail ni..tp klu tak kena fabrik..berpeluh. see..berpeluh2 makcik memusing2 tudung..

yg ada awning tu..kan mcm..diulangi..mcm slim la muka tu..NOT!


skang ni plak adik aku kata org aka bebudak muda skang berfesyen ala hana tajima. hana tajima mmg cute..


erm...artis esp najwa latiff selalu pki cam ni..adik aku pki lawa la plak...


students aku yg dah anak2 dara sunti tu pun pki mcm ni...comel la gak....esp klu jenis kulit putih gebu tu..ada gak cikgu yg ke sekolah buat mcm tu. tp aku tgk mcm tak berapa kena la...sbb tudung mcm ni kasual sgt dan klu tak pndi gayakan nmpk sloppy. bak kata laki aku..."macam Megatron..."


megatron...errr...i'll stick to my faithful comfy tudung bawal je la...

Tuesday, December 6, 2011

musim kenduri kendara

cuti sekolah. actually cuti ujung tahu aje yg betul2 cuti utk ramai guru..(bkn semua guru ye sbb agak ramai juga guru kategori pengelat under the radar a.k.a skip kerja). seperti biasa org Johor akan sibuk rewang. maksudnya sama2 tolong tuan rumah buat kerja2 pra kenduri, kenduri dan post kenduri. klu diukur dpd KPI keluarha aku rewang tu termasuk la kupas bawang, siang ayam, potong daging, bsuh ayam, basuh daging, blender bawang, basuh bender, masak, MAKAN, basuh pinggan mangkuk periuk belanga, lipat kertas napkin, basuh telur, rebus telur, bla bla bla bla bla...penat.

tapi sedar atau tak dalam reramai manusia sedara mara yg dtg 'rewang' ada beberepa kategori utama yg kita boleh kelaskan mereka ini.

1) the chefs - ni usually akak2 dan makcik2 yg tera dan dihormati akan skil memasak mereka. keperluan memasak selalu dirujuk kpd mereka. dan mereka yg boleh diharap akan dipilih utk menjadi sous chef yakni pembantu chef utk buat kerja rencam seperti ambikkan gula, ambikkan garam, hiriskan daun bawang dan lain2. ini kerana chefs are usually too heavy to carry themselves up and down so they just sit nearby the periuk cooking.

2) the orang kuat - all rounder...runner..the backbone of majlis. usually org yang paling rajin dlm keluarga tu. org kanan tuan rumah atau mak pengantin. ni la yang paling pnat pun sbb selalunya rmi org akan tanya dia utk rujuk mana letak duduk barang atau keperluan majlis.

3) the baby sitter - org yang 'paling' penyayang dengan anaknya. anak akan dikelek dan dipeluk dan ditatang. esp kalau ada anak kecik. walau pun budak tu tak nangis. walaupun budak tu tak demam. walau pun budak tu tak tido. WALAUPUN SEBELUM MAJLIS DIA TAK PERNAH PUN JAGA BUDAK TU SBB SUMANYA MAK DIA YG BUAT. 

4) the make up artist - org yang belum majlis belum siap, mak andam belum sampai tapi dia dah full face bermekap. siap buku mata palsu lagi. so dgn keadaan dia yg serba indah tu org mmg takkan suruh dia buat kerja berat. habis la mekap cair. so buat apa? susuk je la cari prospek husband  atau lebih afdal lagi mengumpat.

5) the frontman - org yang akan tolong kerja2 yang memerlukan dia layan tetamu khas atau jamu menjamu tetamu atau layan VIP. tolong2 buat hiasan ke...tolong pengantin ke...tapi sgt alah kpd kerja yang basah, panas, berat. busuk atau takde org kenal dia. kalu majlis itu di ibaratkan sebuah rumah, maka org seperti ni adalah peti pos bernombor.
credit http://azid-inspirasi-alam.blogspot.com

so, anda yang mana satu?

Friday, November 25, 2011

SK Kg Maju Jaya dlm kenangan




















luka di majidi
sembuh di maju jaya
guru dan murid dekat di hati
setahun bersama rasa mcm dah lama

Wednesday, November 23, 2011

pang pang kopang kopang kopang!!!










My brother-in-law's. Inilah yang dikatakan takde keja cari keja. err...bukan.. Tangguh keja cari keja lain.

tunggu2 approval tak bls pun...aku buat la ikut kepala aku. hope he likes it.

Friday, November 18, 2011

terima kasih, cikgu.

Ayat paling bermakna untuk 2011.

"Cikgu, terima kasih ajar sy kelas malam. Saya ingat suma yang cikgu ajar..jadi senang nak hafal. klu tak sy mmg tak dapat 5A.."

Aduss...Fatiha, rasa hilang semua penat mengajar setahun. walaupun kau sorg je yang ckp mcm tu.

Saturday, November 12, 2011

nilai sentimental

ada org tanya..kenapa aku sentimental sgt dgn sklh ni? bukan aku berkhidmat bertahun2 pun...br jek 11 bulan.

jawab aku:

benda kalau bermakna dan bernilai serta memberi erti dalam hidup kita tak perlukan sejarah panjang utk jadi sentimental. ia jadi sentimental keranan ia berbekas dalam hati, kerana ia membuka dan menukar paradigma (cheh, bombastik!), kerana kita dah jatuh sayang.

sekolah ni tempat aku mengubat lara bila di buang org. tempat ni mengingatkan aku semula kenapa aku jadi cikgu. tempat ni memberi aku harapan semula kepada sistem pendidikan negara yang makin kucar kacir. tempat ni mengingatkan aku yang semua murid adalah sama...tak kira apa latar belakang dia org....sbb in the end bila diaorg kuar dr sklh dia org perlu tahu apa yang diaorg mahu. dan tempat ni masih ramai pendidik yang memberi sepenuh tenaga, jiwa dan raga utk sekumpulan manusia yang bernama PELAJAR.

mmg aku yang minta tukar...tapi tak sangka la sekejap sgt aku kat sini. Allh memang Maha kaya dan Maha mengetahui. Dia beri apa yang aku perlu (balik kg) dan ambil balik nikmat yang dipinjamkan (sk kg maju jaya). Dia tak mahu aku jd ungrateful dan tamak..mahu semua yang enak2 tp buta hati utk memanfaatkan nikmat tu. Dia takdirkan aku utk berjodoh sementara dgn rakan2 sekerja yang baik2...dan Dia tak beri aku masa panjang di sini supaya tak ada yang bermusuh dgn aku...maklumla sekejap sgt kenal mcmana nak bermusuh kan?

kat sini aku bertemu juga dgn murid2 yang mmg baik2....tak reti berdendam dengan cikgu yg garang tahap sang kelembai ni. apa lagi yang aku mahu? kan ke nikmat namanya tu? mana nak cari murid yang baru belajar dgn aku 11 bulan tapi menangis bersama aku bila tahu aku nak pindah? tak sentimental ke tu?

so...terjawabkah soalan kenapa aku sentimental sgt dengan SK Kg Maju Jaya?

Friday, November 11, 2011

my rebound lover


wooohoooooo!

akhirnya dapat pindah!!!! bleh la aku concentrate kat umah baru. tapi....hubby lak tak approve transfer. camano? PJJ lagi ke? 

dalam gembira aku tetap sedih. dah dua malam dok nangis2. sebab...AKU DAH JATUH CINTA DENGAN SEKOLAH SKANG la pulakkkk!!!!!!!!!!! huuuuuuuuuuuuuuuuuuu....sebab masa aku terbuang dulu, sekolah ni la tempat aku merawat luka...chewahhhh. 

eh, aku cakap betul...sedih ni. camana nak pindah ni.......

Friday, November 4, 2011

what not to say to an infertile

came across this. true, true. to put it in a nutshell.."if you dont have anything good to say, dont say anything at all." no, i dont expect people( especially those blessed with such kesuburan that they have this tagline "klu tak mkn ubat je mesti sangkut" embedded on their forehead) to understand how i feel. but there is no need to be inappropriately witty towards the whole thing. it's hard enough to explain to them that the IVF is not cheap (and why it is not)....please spare me from having to tell them the procedures of IVF. If it is just to kill the awkward time (to ask me about it), then dont ask anything. what i need is A SHOULDER TO CRY ON and LISTENING EARS.

by the way, here are some thoughtful remarks i have received

"lama ek...sapa yang ada problem?" as if i want to spill rahsia rumahtangga to you.

"la..ssh gak eh..aku ni lain plak...asal terlepas ubat je mesti sangkut! subur sgt!" yeah...and look at your brats..all of them just a year apart from each other. Lepas tu org lain kena jaga anak kau. 

"dah jumpa doktor?" kenapa? nak tolong bayar bil?

"takpe..kumpul harta dulu" mcm kau yg gelang dah penuh setengah lengan tu?

"ala, dah tujuh tahun dah...dah lali dgr org kata mcm2" sapa kata dah lali? aku cuma lebih berani utk tiau kau depan2 je.

"kau lain la...takde anak bleh la siapkan kerja..aku ni ada anak kecik, ssh nak tolong kat sklh" ye la...jual la nama anak kau tu.

alahai manusia. cukup2 la tu...beri sokongan bukan gosip murahan, okay? :)

Wednesday, November 2, 2011

gila ke aku?

i bake for fun. for saving money from having to fork out insane amount of cash to eat a small, ugly cake. i bake to release stress. i bake because i like to eat cake!!!!!

cantik ke cupcake aku? tah...serabai jek...setakat buat makan sdr lepas la.

mengidam tatkala puasa

raya special

buttercream experiment


hahahaa...ni setakat nak bg anak buah kat kg.
sekali semalam en. hubby berbunyi utk jual cuppies kat Hari Usahawan dia. Ada giler ko??????????????
tak confiden aku...

nak sahut cabaran ke tak nih?

Friday, October 28, 2011

selamat berpisah...

Al-Fatihah untuk Allahyarham Cikgu Hamizer Sukor.

tak tergambar rasa terkilan sbb lmbt dpt tahu berita pemergian arwah. aku dah pun di Tg Malim waktu tu. Kalau aku tau....tapi Allah lebih tahu akan setiap yg berlaku. so redha aje la.

Aku x pernah belajar maths dgn dia. tapi dia coach handball aku. Dulu aku bukanlah star pun dalam team handball tu. tapi aku mmg hargai setiap tunjuk ajar dia. bila aku dah jadi cikgu ni, kena pulak sempat pegang team handball...aku guna pakai ilmu yg sempat aku pelajari dpd dia.  Alhamdulillah...ada la sorg yg smpi skang pemain handball team Johor. kerana cikgu Hamizer la aku kenal dunia handball.

Arwah tak pandai marah. senyum aje. stark contrast dgn wife dia..hehehehe...tapi suami isteri tu mmg dekat di hati aku. tadi sempat minta anak murid aku sedekahkan Al-Fatihah pada arwah...rasa mcm nak nangis je masa tu. tapi malu plak dgn budak2 tu. esok2 kalau aku mati, ada ke anak murid aku nak sedekah fatihah kat aku ek?

Cikgu,
Terima kasih atas tunjuk ajar.
Terima kasih kerana menjadi guru yang meninggalkan kesan di hati pelajarnya.
Semoga cikgu ditempatkan di kalangan meraka yang soleh. 


Ya Rabbi,
ringankanlah bebannya di alam sana,
permudahkanlah perjalanannya ke syurga,
terima kasih kerana memberi kami seorang hamba-Mu yang istimewa untuk pinjaman sementara kami.


huuuuuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... :'(

Friday, October 14, 2011

books! book!

went to the Big Bad Wolf sale! i went nuts... walupun penat giler sbb on friday tu kena gi melaka bawak bdk2 rombongan, tp ku gagahi jua ke serdang on saturday afternoon. sempat plak amik parents kat pt raja. that nite, gi Bagan Lalang for seafood feast. my bro's treat (thanks bday boy!).

the next day, after an early bfast of hearty nasi dagang we went to the venue hoping we would be among the firsts to get into the hall. whoohoooo!!!!!! there were only 10 cars and the shuttles pun blm start lagi. so gediks-ly me sis and i lined up for about 45 minutes...boy, were we patient. i wonder why i am not this penyabar in a traffic jam?


the opened, i was in ecstacy at the sight and smell of tonnes of books...i could die happy there... so after 2 hours and a grumpy husband, i forked out RM360 for books. 

see the one in stripes? he got a coffe table book about english footbal history,
reward for being less grumpy than he  should have been..
(please excuse the unsightly sight of  someone's rearview)

now, to find time to actually read those books.... 




Thursday, September 22, 2011

sueredtag!

ini site kasi hati i berdetup detap. maka saya dengan ini saya berikrar untuk menyimpan duit agar dpt menyambar satu bag Marc Jacob. saya tak peduli jika beg itu season lepas punya...hehehehehe...

En hubby dah sambar satu jam tgn.


ada orang senyum lebar ke sekolah pada satu pagi tu

so, check SueRedTag out!

Thursday, September 15, 2011

pengalaman baru.

Hari ni hari terakhir UPSR. i dont know what to expect. semua ilmu seciput dlm dada dah aku bagi, semua nota dah aku sampaikan...terpulang kepada students aku. dan students kampung ni lain sikit...tak macam kat sekolah lama. selamba aje...sampai aku pun tak boleh agak yg diaorg ni faham ke tak apa aku ajar.

selesai aje paper science....semua turun dgn senyuman di muka. ada sorg dua yang menerpa mcm nak peluk aku.

"Cikgu, section B tu kan semuanya ada dalam topik yg cikgu suruh baca semalam! terima kasih cikgu!"

lega hati aku...tapi topik yg kena..korg jawab mcmana plak?

hai, anak..anak... korg ni buat cikgu tak dpt tidur lena utk lagi sebulan lebih la....

Ya Rahman, Ya Rahim...terima kasih kerana memberi idea dan menitipkan inspirasi dan ilham utk ku bantu students ku. terima kasih, ya Allah...terima kasih..alhamdullillah!!!

Thursday, September 8, 2011

selamat hari raya!!!

SELAMAT HARI RAYA!

Dalam pada takde mood nak beraya, sakan lah jugak aku kesana ke mari beraya dgn sedara mara. nak buat mcamana...family ramai. ada orang tu akhirnya realize yang dia was a bit inconsiderate. so apology accepted and all we kissed, we made up.


Selamat Hari Raya korang semua...maaf zahir dan batin. Kalau ada terkasar bahasa, salah bergurau, terasa hati mintak maaf eh...mintak halal makan minum aku kalau ada eh. Jemput datang ke rumah kami!

Saturday, August 27, 2011

selamat hari raya semua.

sebenarnya tak nak sambut raya pun. tahun ni betul2 takde mood. partner lak demam time nak raya ni, jadi semua benda aku buat sorang. buat la kuih raya sdr utk menikkan semangat dan mood raya. ada asik ipar stay kat sini pun tak boleh harap. aku bukan jenis manusia yang berkira makan pakai. apa aku makan kau makan la. kau takde duit aku tanggung. tapi kalau pinggan pun basuh sendiri punya, kain sebakul menunggu utk disidai tapi pilih kau punya aje...sapa tak bengang. dah la sepanjang puasa ni nak sahur tinggal tunggu kejut je. kau ingat ni rumah sewa bujang kau masa kau belajar ke? kau kau, aku aku? penat tau tak. menjaga korg dua beradik...aku dah rasa mcm orang gaji kat rumah ni. padan la mak korg nagis2 setiap kali malam raya..

dalam pada memendam rasa, bleh la plak partner siap2 pki baju nak gi klinik..kuar plak statement "kalau nak harapkan awak hantar saya gi klinik mmg tak sampai la." waaaaaaaa......nak menitik air mata aku. aku dah satu pagi mengemas rumah takde org tolong, ada kau kisah? penat la.....jgn la ckp mcm ni.

aku betul2 hlang minat nak raya. boleh tak aku lari raya sorg2 kat tpt lain........ dpd org tak appreciate apa aku buat, lebih baik aku jumpa org lain yg tak kenal aku..jadi dia tak perlu appreciate aku.

Monday, August 22, 2011

another adele.



deleted the earlier post. i repeat.

must get the CD. so old fashion i am.

Sunday, August 21, 2011

hari ni anniversary saya. sucks...

yesterday dgn jiwa kentalnya aku ke klinik utk buat test. after more than 14 days late, i was hoping this year we would have something to celebrate. it came out negative. runtuh juga empangan air mata ni. tried to be brave the whole day. tgh buat kuih raya petang tu bleh la sambil menangis2. sekali pndang senario tu mcm bibik kena paksa buat kuih raya lak...hahahahahaha.

so aku decided utk decline invitation ke annual iftar wit uni friends. last year pun tak pegi. aku tak nak ke sana untuk menjadi penonton keluarga bahagia dan tukang banci tahap kesuburan kawan2 @ berkenalan dgn anak2 diaorg.

label la aku ni tak sabar, kata la aku ni tak redha, call me anything. i dont have the energy to go through all these anymore.... i wish i can quit and drop everything so that my loved ones dont have to wait for it with me. sapa tahan beb kalau pagi2 raya asik cakap tunggu zuriat dpd aku...rasa mcm nak bunuh diri aje bila dtg raya tiap2 tahun. tapi, klu mati jenuh la plak kena interview dgn malaikat dlm kubur.

happy anniversary, hubby. sorry.....

Saturday, August 20, 2011

jangan beri aku harapan jika ia hanya untuk mengecewakan.


Tuesday, August 16, 2011

is it or is it not?

it 's late. for the second time.

14 days to be exact. the first time, i tested and it was -ve. i was devastated. it changed my whole faith on having a family altogether. how can your body played tricks on you??

scared to take the test. scared that the heartbreak repeats. i might lose myself.

why can't i be normal like other people?

Thursday, August 11, 2011

another 2/3 to go

Alhamdulillah...selesai sudah 1/3 Ramadhan...sekejap je masa berlalu. amacam? dah berapa muka Quran dibaca? ada miss Terawikh? saya dah..hehehe...partly because penat but mostly sebab malas. heeeeeeee... Na'uzubillah...patutnya berebut nak pahala tp ni malas2 pulak. bukan apa..mcm sakit hati gi masjid nearby tu..rmi sgt budak2 yg bising memain, bukan sembahyang. pak imam dah ingatkan pun mmg jenis tak makan saman. dpd buang pahala mengomel sakit hati baik buat sendiri kat umah. eh, mudah Islam sebenarnya. mmg la pahala 27 kali ganda jika bejemaah tapi org pompuan mmg tak dituntut pun ke masjid. apa kata kita try buat sdr kat umah...terawikh maknya rehat, santai. boleh buat soalat 2 rakaat sikit2. klu penat, stop jap. anak nangis? layan lah dulu. then sambung balik. haus? gi la minum. selawat in between solat tak tau? takpe..itu bukan rukun pun. mudah kan? jgn tinggal terawikh langsung...rugi..

11 hari puasa...baru 2 kali tak masak.. hebat..hebat...dah habis idea dah nak buat menu apa...

ada cadangan?

Friday, August 5, 2011

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan sekali lagi

Ramadhan datang lagi.

Syukur masih diberi peluang manghirup udara bulan berkat. baru nak dapat feeling.

Apa yang kau suka tentang Ramadhan? hehehe...harap2 bukan semata2 kerana makanan yg nikmat dan hebat. Aku pulak sukakan waktu berbuka kerana masa tu semua orang berada dalam rumah. takde hiruk pikuk, takde mat rempit, takde org bersepah2 kat tgh jalan. suma duk diam2 makan kat rumah. bukan ke waktu maghrib sepatutnya mcm tu? tenang dan hening.

seperti tahun2 lepas, aku masih lagi memanjatkan doa yang sama. harapan yang sama. walau pun saban tahun rezeki tu tuhan beri kepada org lain dulu. mungkin mereka lebih memerlukan kegembiraan tu berbanding aku.

jadi, berdoalah. panjatkanlah harapan. Dia Maha Mendengar.

Sempena kehadiran penghulu segala bulan ini, lapangkanlah dada kami semua untuk menjalani ibadat. bukakan seluas-luasnya langit rahmat-Mu agar doa kami semua dimakbulkan. berikanlah kami kecekalan untuk berhadapan dgn ujianMu. kuatkanlah semangat kami untuk mempertahankan iman kami daripada godaan dan gangguan. berikanlah kami peluang sepenuhnya untuk menikmati semua keindahan, kenikmatan dan kelazatan Ramadhan kali ini kerana kami tak tahu jika kami akan bertemu lagi bulan agung ini pada masa depan. 


Selamat berpuasa semua!

Tuesday, July 26, 2011

sila tanggung salah sendiri

MIL called. dia skp dgn anak dia la. ada org nak bg twin boys. bermnat x? hehehe...bunyi mcm nak jual beli keta je kan.

"ada mak bapak?"
"ada"
"dah tu...kenapa tak jaga..kan ada parents"
"maknya tak reti jaga"
"kenapa plak?"
"umur baru 15, 16..mana tau jaga"

hampas taik punya budak. ko dah pnadai beromen, pandai beranak...pandai la jaga. kalau 9 bulan bleh memboyot menahan kesusahan, kalau masa beranak bleh tahan nyawa di hujung tanduk...takkan x bleh jaga kut. bukan ko berminat pun dgn sekolah dan akademik lagi kan? klu kau berminat..takde la kau menyundal smpi jd mcm ni.

pastu sibuk mak bapak kau cari org2 bernasib malang tak beranak mcm aku ni nak suruh bela. pandai kan kau...

heh..aku mmg kesian dgn bb tu..menggelitik je dgr twins. tapi dah smpi masa bdk2 mcm kau belajar tanggung kesilapan diri sendiri. there's no easy way out. aku susah payah berubat sana sini nak dpt anak tapi hasil zero.. ko senang2 jek nak suruh org bela hasil haram kau kan. klu mcm tu bila kau nak tebus kesalahan kau? apa tanggungjawab kau pada anak kau?

aku bukan takde hati perut....tapi selama ni mulut org sekeliling suma menunjukkan dia takde hati perut dgn aku. so, buat apa aku nak tunjuk ehsan sgt kat org mcm kau? aku suggest mak bapak kau pun belajar terima kenyataan yang itu cucu kau...haram ke halal ke...jgn lepas tgn sebab malu. jijik ok, pakcik makcik...jijik sangat. no...cucu2 tu tak jijik...anak kau yang jijik.

Monday, July 18, 2011

pandai tapi tak beradab

went to undergo my HSG.

the doc was really young. so i was quite surprise with her commanding tone towards the staff. tapi biaq pi la..i was more concern with the position i was in. of course la...having ur vi-jay-jay opened is embarassing what... i felt stripped!

while preparing me, she asked a lot about my background.. my occupation etc. then she asked me ajar apa. i said science. she asked again "which scinece? bio, chem or physics?"

me: sy ajar sek rendah..mana ada subject tu
doc: sek tu sek cina ke? ke sek melayu?
me: (hey, dia ni dpd zaman pra-kemerdekaan ke) sek kebangsaan. semua org bleh masuk.
doc: u ajar sci dlm english ke bm?
me: dwi bahasa.
doc: mcmana tu?
me: well, ajar la dlm dua2 bahasa. tp klu yang kelas hujung tu bm la.

and then she started firing me on how we should start somewhere so that anak2 kita bleh pndi la..maju la...tak ketinggalan la...

hello...darah aku dah mendidih je dgr time tu. obviously her english isnt that good. because she speaks broken english.

ingat kitaorg cikgu ni tak ajar ke dlm bi? kut ajar smpi berbuih mulut tp murid tak faham buat apa kan? mmg la bagus english tu , takde sapa menafikan. bukan semua cikgu mengajar sklh bandar, rmi yang mengajar di kampung. dalam 100 org, berapa kerat je yg paham (klu tak pndi bercakap pun) english? FYI, aku TAK pernah claim duit elaun BISP sbb tau tak mengajar 100 dlm BI. Dlm UPSR dan exam akhir tahun, PPD tak tanya pun peratus kefahaman BI murid aku...yg depa nak tau cuma berapa peratus yg lulus dan lulus cemerlang. kut tak cemerlang, mmg muka diaorang la akan bertunggu tangga kat sklh utk check itu ini. setau aku, cikgu2 BI yg perlu pengukuhan PnP. bukan kacau subject lain. bukan usik subject lain. My english is much better than my average friends not because my maths teacher  taught in english but my english teacher taught me well.

bangang punya doc. ko ingat ko jd doc tu pndi sgt ke? area kempas pun tak tau lg nak berlagak. ko tu keja dah berapa tahun ha?

so aku sabar je sbb dia tgh open aku kan. habis je prosedur tu, aku salin baju...dan tny staff makmal radiology. rupanya dia doc baru. aku cuma ckp:

"bagus eh..muda2 dah jadi doktor. tapi sayang la, agaknya cikgu BM dia lupa nak ajar berbahasa."

Sunday, July 3, 2011

rasa apa? warna apa?

permintaan dpd kengkawan. mintak buatkan cupcakes untuk dijual di Hari Terbuka.

alamak...nak buat kek apa? klu ikut2 favourite ramai choc cupcakes la jawabnya. takkan tu aje. nak buat vanilla ke? boring la perasa tu. emmm...mcm nak buat hazelnut choc. ishh...

hmm...sempat buat satu resepi choc yg modalnya kurang dan rasanya sedap. frosting apa eh? asik buttercream jek. buat creamcheese mcm best tp pandai ke org makan cheese tu? pening betul la...and at the same time excited sbb dpt alasan utk buat kek.

ada cadangan?

Monday, June 27, 2011

the help


read the book. superb. awesome. love it, love it, love it!!!

can't wait for the movie.

Monday, June 20, 2011

gray's anatomy

Setelah sekian lama meminati warna kukuningan, aku beralih arah kepada KELABU.

nice?

lebih kurang sama mcm tadi kan?

i feel stark naked with the color combo...too much white i think.
 would be good with my beach-house-anganku

this so NY... i like..


grey and red would be perfect...but the floor is already yellow-brownish. any suggestion?


Tuesday, June 14, 2011

menanti 2 malaikat utk diinterview

hahahahaha...tajuk seram la konon.

saja je....one of my dear students baru saja kehilangan ayah...meninggal dalam tidurnya...walhal baru sehari pulang daripada bercuti bersama keluarga. if you are reading this, please sedekahkan al-Fatihah kepada saudara Abd Rahman. thank you.

ada satu kenangan yang aku takkan lupakan bila sebut nama arwah. 2 tahun lepas, si anak ni (student aku tu la) mmg sangat berbakat dlm sports esp netball. mmg dah ditrain dpd umur 8 tahun utk jadi player netball. nak dijadikan cerita, pleyer netball akan bermain dgn jersi seragam..iaitu skirt dan jersi sleeveless. student aku ni lak cucu kepada imam masjid di majidi, si ayah plak org kuat masjid...jadi takkan la nak dibenarkan anak tu bermain dgn aurat yg terdedah. ye tak? jadi berlakulah pergeseran antara guru2 netball dgn keluarga itu. in the end, student aku td tu tak main la netball utk team johor. nampaknya undang2 sukan lebih penting daripada peluang utk merangkul kejuaraan.

my point...si arwah mmg teguh dgn keputusan utk tidak membenarkan anaknya bermain kecuali jika dia dibenarkan menutup aurat. apabila dia menghembuskan nafas terakhir...aku terfikir dan timbul lah rasa kagum dan terharu. sebagai ayah, si arwah dah menjalankan tanggungjawabnya untuk mempertahankan maruah dan aurat anak perempuannya. walaupun dia dikutuk dan dipandang sebelah mata oleh makcik2 netball tu.

pernahkah kita memikirkan tanggungjawab kita? kita tak dinilai dengan berapa byk anak kita dpt A, berapa byk piala dia dah peroleh. kita akan ditanya mcmana solat anak kita, sahsiahnya, tahukah dia menjaga maruahnya, adakah kita menjaga maruah anak kita? not that mencapai kecemerlangan dunia tu tak penting, tapi pemerhatian aku nmpknya lebih ramai yg mengamuk anak tak buat homework berbanding jika dia tak solat.

insaf aku, beb...walaupun aku tak bernasib baik mcm korang nutuk menimang cahayamata, tapi aku takut kalau aku tak jalankan tanggungjawab tu kalau ditakdirkan ada anak.

Saturday, June 11, 2011

holiday blues

ni la bahana bercuti lelama. org lain 2 minggu, aku almost sebulan. kan dah malas... 

tolooooooonggggg....saya malas nak gi sekolah..tolong rotan saya!!!!!

Monday, June 6, 2011

taatkah anda kepada suami anda?

Ntah apa2 je manusia yg kurang kerja ni. kenapa la disempitkan definisi 'taat' tu. jadi isteri ni setakat nak taat, khusyuk dan tawaduk dlm bilik aje ke? kuat sgt ke laki ko tu? hyper sgt ke fantasi seksual laki tu? nmpk sgt terpengaruh dgn porografi ni....hampes tul la. tau tak akibat pandangan sempit ni org Islam Melayu dah jadi bahang elak bangsa lain???? hangat je hati bila baca blogs tu. bangan la pompuan mcm ni

setau aku la... byk kes kecurangn laki bukan dgn pelacur pun... Tak de mananya nak mampu melayan duit nak di labur kat para pelacur tu. kalau curang  pun selalu dgn minah2 sekeliling dia gak...yang normal..yang bertudung..yang seksi...yang lemah lembut...yang gediks..yang mcm2 la. tak penah plak aku dgr curang kerana pelacur. sempit, singkat, dangkal, pendek betul akal pompuan2 ni. harap je bertudung litup...buat malu je.

ishhhh...apa pun tak bleh!

ha, nak sgt jadi solehah...baik la dgr ustaz yg cakap...bukan bekas para isteri pengikut Al-Arqam..

Thursday, May 26, 2011

saiz S, M or XL?

Dlm duit kertas kita ada dipaparkan Tuanku pki tengkolok pelbagai saiz. tak caya?


Tengkolok ni nmpk muat2 jek..


ha, yg ni besar sikit dpd yg tadi. kan?

so, part mana dia pki XL?


ni ha...tengkolok dia tutup mata...hahahahahaha!

maaf la ye tuan2 puan2 klu post ni merepek. ni lawak adik iparku semalam. hampeh je...tp sbb i boring, i post la lawak dia.

Hehehehehehehehe....

Saturday, May 21, 2011

my dear aching lumbar.

Bosan. jawapan kepada soalan en hubby "Best kan cuti 9 hari...smpi cuti sekolah lak tu."

takde mananya seronok. sehari dua tu bleh la...pastu menggeletis kebosanan. nak duduk lama2 sakit, nak baring sakit, berdiri lelama sakit, meniarap lagi la tak boleh. skang dah tera dah cari position utk ngadap laptop smbl baring...(kan best klu ada tablet...).

ni bukan hasil MRI aku, tp similar la..

the L5 is the lumbar (as in near the buttock part of the spine). S1 is the nerves that control certain part of the leg. i feel sharp pain there and have this tingly, electric kind of feeling down my thighs. so after few physical test, Dr Mazwar diagnosed my illness as Herniated l5s1 disc. or as us layman usually say 'slipped disc'. not really accurate though. not so serious yet but must take care of it...as if it worsen, i might lose the flexibility or mobility og my legs. gasp.


maybe the diagram above can explain further.

but being me....boh-san giler nak habiskan 24 jam doing minimal things. i miss my friends, i worried about the students coz next week exam, i'm literally nervous and afraid my colleagues think i deliberately take long work off.... i worry about everything!

yesterday, cant resist cleaning the bathroom. it took me 1 hour and a few breaks in between...and i found a few sitting position, bersimpuh sana, bersimpuh sini....u can believe how sopan i was cleaning the bathroom. thank God for the organis cleaning solution my tai chi sifu gave me..it worked wonders! berus lemah lembut pun dah bersih gila! suka!!!! then spent the rest of the afternoon lying on my aching back....kerja sejam merana sepanjang petang.

ohh..cepat la baik...bosan sudah...

Thursday, May 19, 2011

and the result is...

MRI test today.

i have herniated l5 s1 disc. huhuhuhu....

that explain the pain.

caused by years of rigorous activities.

i was sent back home with a supply of painkillers, nerve relaxant, medical koyok and 9 DAYS MCs!!!!!

Wednesday, May 18, 2011

again!

lower back pain. again.

it has been 2 weeks now. painkillers tak jalan.

heading to Puteri Specialist later. hope nothing serious.

takutnya.....

Sunday, May 8, 2011

HAPPY MOTHER'S DAY!!!!

i love celebrating this day with my mom and my MIL.

i also hate this day.

the more i celebrate it, the more i feel irrelevant in this world.

i don't mind giving out presents and treats. i really don't.

the fact that i am not qualify to get any bothers me more than the fact that i can actually give myself any present i want.

now, i am bedridden so i can't go out and have fun to keep my evil ideas off my mind. sucks.

Saturday, April 30, 2011

got cought in the middle of the frenzy

i love weddings. wedding dresses to be precise. and i LOOOOOOOOOOOOOOOVE Kate's wedding dress. Simple. sweet. modern. proper. everything but over the top. and the make up...glowing. no blue green red gold eyeshadow Malay brides always have to use. blame it to the mak andams and the bapuks pak andam.
perfect. 

she's a bit to skinny, though.

compared to the late Lady Di, the dresses are polars apart. too 'frothy' to  my liking. too big for Diana's angelic youthfulness. she was 19 or 20 that time. but she did look like a doll.

the prince and the doll 

If you asked me, my favourite will always be Grace Kelly. hands down. the dress was and still so very Graceful. i wish i have the height and the figure to don that kind of creation. 


the graceful Grace

i wonder if the future the royals bride would be daring and wild enough to wear strapless gown to the church. the Queen would faint!!

Thursday, April 28, 2011

Obesiti dan pelajar sekolah

hai..dalam pada org suma tgh kecoh dgn anwar part 2, ada plak isu bdk2 sklh obese. tp memang pun, ramai students aku yg obese. cikgu dia takyah ckp la...hehehehe..

yg tak best tu, pihak sekolah jgk yg kena bila bdk2 obese. utk kesekian kalinya, parents cuci tgn mengatakn yg anak dioaorg gemuk sbb sklh yg buat...ala, mcm bdk2 bodoh sbb cikgu tak pndi ajar, bdk2 takut gi sklh sbb ckgu emo dan garang, bdk2 jd gengster sbb ckgu tak pndi disiplinkan murid etc. biasa la tu...klu dah almost 8-10 jam waktu mereka berada di sekolah, mmg cikgu la yg salah.

ok, apa yg ada kat kantin sklh? nasi lemak, nugget, fish cake, kuih2 manis, air pelbagai perisa dpd prisa cap double lion, keropok, roti krim, nasi goreng, mee goreng, nasi ayam bla,bla, bla. benda yg sama klu kita ke gerai sarapan tepi jalan atau warung. sungguh!

boleh ke kanak2 gemuk dgn mkn kat kantin? tak sepenuhnya kut. klu nugget tu maybe la sbb nugget dia jenis cap ayam kan, lebih lemak dpd isi ayam. sosej pun pink semacam..loya tekak aku tgk. klu itu aku tak rasa sole reason utk budak jadi gemuk. nasi lemak? dah penah mkn yg jual kat kantin? aku rasa klu seperiuk besar nasi tu santan dia sebiji dua aje. tak rasa lemak pun. ikan bilis takde, smbl seciput, telur rebus potong 6, timun sehiris. org kantin kan nak jimat kos. takkan la dia nak letak santan kow2 mcm kita buat sdr kat umah kan. jajan...tak dibenarkan di sklh @ all. sejal azali lg...klu ada yg bwk masuk maknanya dia bwk dr rumah atau dia beli kat luar kawasan sklh. kat van penjaja, mat bangla aiskrim atau rumah makcik sblh sklh. dgn waktu rehat 20-30 minit, berapa ribu juta kalori aje la yg smpt disumbat dlm tekak tu.

mcm yg Jamie Oliver buat dlm Jamie's school dinner, aku admit la kita kena bg students ni mkn makanan yg pelbagai dan berkhasiat. tu mmg sgt2 setuju. it's just that the blame is put onto us mcm tu aje. boring la jd tpt kena tala. sunguh2 boring.

maybe alternative kpd pemakanan tak berkhasiat tu adalah bersenam. 2 x seminggu, 30 minit sekali...cukup ke??? cikgu PJK tak ramai, cikgu yg ajar PJK pun tak berminat nak salin baju nak ajar murid (ha, yg ni mmg patut klu cikgu kena sound tepet kat muka!)... balik2 lantakkan baling bola,main rmi2. menambahkan masalah ialah sklh takde padang. skang mmg tak byk sklh yg ada padang..jd PJK sgt terhad aktivitinya. bdk pun klu dah kat rumah bukan main aktiviti fizikal pun. mak marah, nanti busuk2 balik rumah, baju comot. klu duduk kmpg boleh jugak nak round satu kampung naik basikal.

abis camano?

Wednesday, April 20, 2011

cuppies kesyukuran

for the past 2 weeks, aku telah kehilangan register murid. dokumen tu SANGAT sulit dan penting. so important that i could go to jail if anything happens to it. rupanya ada malaun dah simpan register tu dan konon2 dah seminggu ada kat bawah tangga. padahal setiap hari akak cleaner tu sapu bwh tu tak penah jumpa pun register kat situ. ah, persetankan malaun itu. yang penting register aku dah ada. tak yah masuk jel. hahahaha!

so, sbb aku sgt gembira....aku pun buat la cupcakes utk meraikannya. buat cupcakes sbb takde daun saderi..hahahaha...(wonder pets? "kita raikan dgn daun saderi? nevermind).

aku buat cupckes nutella n coco cuppies. resepi belasah sendiri (sbb tau la sikit2 nak buat basic cake). ada nutella lebih dlm fridge, pastu curious dgn 'dark cocoa powder' kat kedai, terus aku beli. petang tu bancuh dan bakar. after tai chi, buat icing lak.



kali ni cake aku gebu, halus dan lembut. sbb i pki buttermilk. apa buttermilk? susu yg hampir2 nak jd tairu. tak pki susu expired tau, tapi campura 1 cwn susu and 1 sdb cuka, dibiar 5 minit. pastu guna je la.


lupa nak amik close up bila di belah sbb tak sbr nak masuk mulut. and sbb hati sgt gembira, try sekali buat aising dia...skang pun mmg tgh2 cuba nak belajar buat icing. tapi tak la secantik pro yg buat kan..




lalalalalala....hati saya gumbira. dan lebih-lebih gumbira bila kwn2 sgt suka dgn kek saya! Syukur Alhamdulillah! syukur sangat2!