Saturday, November 12, 2011

nilai sentimental

ada org tanya..kenapa aku sentimental sgt dgn sklh ni? bukan aku berkhidmat bertahun2 pun...br jek 11 bulan.

jawab aku:

benda kalau bermakna dan bernilai serta memberi erti dalam hidup kita tak perlukan sejarah panjang utk jadi sentimental. ia jadi sentimental keranan ia berbekas dalam hati, kerana ia membuka dan menukar paradigma (cheh, bombastik!), kerana kita dah jatuh sayang.

sekolah ni tempat aku mengubat lara bila di buang org. tempat ni mengingatkan aku semula kenapa aku jadi cikgu. tempat ni memberi aku harapan semula kepada sistem pendidikan negara yang makin kucar kacir. tempat ni mengingatkan aku yang semua murid adalah sama...tak kira apa latar belakang dia org....sbb in the end bila diaorg kuar dr sklh dia org perlu tahu apa yang diaorg mahu. dan tempat ni masih ramai pendidik yang memberi sepenuh tenaga, jiwa dan raga utk sekumpulan manusia yang bernama PELAJAR.

mmg aku yang minta tukar...tapi tak sangka la sekejap sgt aku kat sini. Allh memang Maha kaya dan Maha mengetahui. Dia beri apa yang aku perlu (balik kg) dan ambil balik nikmat yang dipinjamkan (sk kg maju jaya). Dia tak mahu aku jd ungrateful dan tamak..mahu semua yang enak2 tp buta hati utk memanfaatkan nikmat tu. Dia takdirkan aku utk berjodoh sementara dgn rakan2 sekerja yang baik2...dan Dia tak beri aku masa panjang di sini supaya tak ada yang bermusuh dgn aku...maklumla sekejap sgt kenal mcmana nak bermusuh kan?

kat sini aku bertemu juga dgn murid2 yang mmg baik2....tak reti berdendam dengan cikgu yg garang tahap sang kelembai ni. apa lagi yang aku mahu? kan ke nikmat namanya tu? mana nak cari murid yang baru belajar dgn aku 11 bulan tapi menangis bersama aku bila tahu aku nak pindah? tak sentimental ke tu?

so...terjawabkah soalan kenapa aku sentimental sgt dengan SK Kg Maju Jaya?

No comments:

Post a Comment