Wednesday, September 10, 2014

Jawapan aku sebagai insan yang tiada zuriat

Well, aku ingatkan manusia yang tiada kena mengena dgn aku saja yang tak paham keadaan kami. rupanya yang dekat (read:adik beradik ipar duai) pun sama bingai. Ini yang lg payah nak dipahamkan sebab nak aku smash, karang bergaduh adik beradik. lagi2 ipar duai...kang dikatanya aku ni menantu hantu..hahahahah. So aku akan try untuk memberi pandangan aku terhadap beberapa soalan lazim yang diberikan kepada aku. Harus diingat, ini JAWAPAN AKU, PANDANGAN AKU. Aku tak jawab bagi mana2 pihak tak berzuriat yang lain dan kalau kau tak setuju, itu hak kau. Kau pun bukan bayar bil api air aku dan aku pun tak pasti sapa yang nak baca post ni. so here goes..

1.Kenapa tak ambik anak angkat?
 first of all, jwb soalan ni esp klu ko n husband dah bercinta dan berjaya kahwin  dan berjaya ada anak. apa perasaan kau? bukan ke itu lambang cinta agung kau? apa yang kau rasa accomplish sgt tu la yang aku nak rasa.sebab aku dah kenal suami aku selama 6 thn before kahwin and now dah 16 years dah. pasal anak angkat tu...kami anggap mcm jodoh la juga. bila org offer ambik baby yg emaknya umur budak sekolah menengah dan bapaknya pun sama sengal..aku tak nak jadi orang yang tolong cover atuk dan neneknya. because the right thing is for them to raise their own flesh and blood. to be responsible. to hold accountable for whatever actions their children do. tu belum cerita lagi org keliling yang akan sebut sampai mati.."tu anak angkat tu.." everytime the adopted child's name is mention. i dont know if i will ever open my heart to this adoption things. it is all up to God. adopted child comes from the heart, not from the womb. and i dont know when my heart will give birth to a child...hahahaha. senagn cerita. kalau kau ni betul2 hati mulia, kau ambik anak angkat. apa perasaan kau...(aku tak tau la logik ke tak suggestion aku ni)

2. Kenapa tak buat IVF? kan ada duit.
Fertility treatment bukan murah...tak semurah duit ubat kencing manis kau tu, kak oi. lagi malang, aku ni bukan tergolong dalam kategori miskin (pendapatan bawah RM4000 suami isteri) untuk membolehkan kami diutamakan dalam mana2 organasisi bantuan kesuburan. tapi, kami pun tak la kaya untuk membuat treatment bernilai 20k-30k yang didapati di mana2 pihak swasta. Kami plak di BP..tak sebanyak pilihan seperti di bandar besar mcm KL tu. Kerja gomen plak bukan la reasonable sgt utk kami mintak cuti sesuka hati untuk dtg hospital buat itu ini. and as i have explain a few years back...even nak buat IUI yang basic tu pun tertunda beberapa kali sebab cuti umum la, salah tarikh period la..mcm2. tolong la...klu kau rajin reseach sikit psl IVF ni, maka ramai la celebrity kaya raya yang rs sgt privilaged to being able to afford such expensive procedures. what do you think drove tuanku azizah to start her foundation in the first place?

3. Kau berdua ni dah seronok sangat duduk berdua kan tak yah bangun malam, takyah bangun jaga anak etc.
Well, nak kata seronok tu tak jugak, tak seronok pun tak jugak. Setiap benda ada pros and cons. malam2 tu terbangun jugak..nak terkencing ke, terdengar bunyi pelik ke. kekadang tu tak boleh nak smbg tido balik. Aku tau la kau jeles dengan aku kan..sebab kau tak cukup tido, tak dapat tido, tak lalu tido..tapi aku pun jeles gak. sebab tak dapat tido atas sebab yang lebih valid selain daripada terlebih minum kopi. apa nak ssh hati..kau tak dpt tido, kau cerita aje la kat tpt kau anak kau begitu begini,,sure ramai yang simpati. cuba aku yang cerita macam tu..tak tido sbb ptgnya tu terminum kopi kaw..confirm la kena gelak2 jek. anyhow, i do feel grateful sbb we both get to be spontaneous in our romantic department. nak grab ke, nak steal a few kisses here and there ke...nak separa bogel ke...kita orait je. takde org lain nak sensor2. agak2 kau boring, bukak la tv kuat2. hahahaha...jeles tak? seronok dalam perhubungan tu adalah untuk kau cari sendiri. Kalau kau jenis subur kalau tak mkn ubat je lekat tapi asik merungut laki tak tolong kau pun tak seronok kan. daripada aku duk gaduh2 dgn laki aku psl anak ni..baik la aku lovey dovey je dengan dia. ingat, BAHAGIA ITU PERLU KAU CARI.

4. Kau tak takut ke laki kau kahwin lain?
kenapa, dia nak kahwin dengan hantu ke smpi aku kena takut? hahahah...takde la tak takut. mana ada pompuan tak takut kena madu kan. sama la dgn aku. Tapi perjalanan hidup kita ni pun Allah yang tentukan. Jodoh, mati, rezeki..bukan kita tau. kau tu, confirm ke laki kau tak gatal dengan pompuan kat opis dia? kau tau ke dia gurau lucah2 dgn anak dara kat sana? hahahah...takut tak? acah mak enon. gurau kasar sikit ek. Kalau ikut hati perempuan aku mmg dah terbayang2 la apa tindakan aku kalau betul2 terjadi tapi itu hanya emosi yang dikipas syaitan. We will never be ready enough ehen the time comes. so just tawakkal la kat Allah. aku tgk, pompuan yang paling ramai kena madu rasanya yang dah beranak pinak pun..smpi gaduh2 keluar masuk court. org takde anak klu kena madu rsnya takde la rs mcm tertipu sgt sbb dia dah ada reason kukuh utk dimadukan..redha je la. Kita doakan yang baik2 je la kan...tapi utk kwn2 laki aku yang duk bakar2 suruh dia kahwin lain tu aku doakan diaorg jumpa jodoh baru la..biar dia tau panasnya bermadu. hahahhahah!

Ok..pent la komen pjg2. tak lalu plak nak baca nanti. cukupla setakat 4 FAQ ni. lain kali kita jawab soalan lain plak.