Thursday, December 22, 2011

raksasa bermata hijau

(green-eyed monster..maknanya org yg jeles. tak caya tgk sini)

aku adalah raksasa bermata hijau kerana aku selalu jeles.

jeles dgn org yg pakai jeans saiz 28...

jeles dgn org yg ada anak..

jeles dgn org yg ada keta idamanku..bmwz4, celica, audi...bla..bla..bla...

jeles dgn org kurus...

jeles dgn org cantik...

jeles dgn org dpt APC...

jeles dgn org gaji besar...

jeles dgn org ada bibik..

heeeee...i am such a b!%$&...

oleh itu: azam tahun 2012 ialah untuk jadi lebih grateful.


Friday, December 16, 2011

nasi beriani abah...bukan abahku...

Apalah orang Johor tanpa nasi brianinya? walaupun aku ni berdarah tulen Johor Jawa, tapi takla gila sgt nasi beriani. bukan apa...berempah sgt. senang citer, kalau ada aku makan. kalu takde, aku tak cari. tapi cik abg i mmg peminat nasi beriani. apahal tah..padahal kalau yg tak kena perut, mmg la kena buang2 air.

so hari ni dia sudah heret aku ke Nasi Beriani Abah kat BBU. er...yg area opposite Perodua Service Centre. near a bank tu. sorry la...tak ingat la bank apa. kedai dia warna oren. so hubby ordered beriani kambing, i pny beriani puyuh masak merah.

firstly...sorry sbb lupa nak amik gmbr b4 mkn sbb dah lapar sgt. hehehehe....


bila tgk je warna merah kuah dia..dah terdetik dah.."mcm lada kisar dia tak masak jek"...bila dah rasa...mmg sahih! lada tak masak. tapi manis dia ok dah..cuma tu la..rasa lada tak masak.


one thing baout him is..dia SUKA kambing. so sedap ke tak..dia sapu licin. dah sendawa baru komen. tp aku rasa kuah beriani ni...ok la..cuma terlebih rasa kayu manis n cengkih. mcm rasa2 pedar kat lidah. err..pedar tu mcm ko rs....mkn something and rasa mcm slightly numb kat lidah...eh, ko jilat la kayu manis ke cengkih ke..pastu rasa apa kat lidah tu afterwards tu la pedar.

masakan..aku bagi 3.5 star out of 5..hehehehehe...(komen mcm pndi msk!)

Apa pendapat En Hubby?

saya suka jek!
decoration kedai? ala2 moroccan gitu..siap patung unta bagai...boleh la nak kasi sejuk mata memandang..



Tuesday, December 13, 2011

again?

"lagi 6 bulan, kita dapat la anak sedara nombor lima,"

oh, f$%^! 


Again? 


memang bahagian aku dah dibagi pd org lain agaknya, ek?


so skang nak kena la standby utk goo gaa gaa to another baby la? 


DAMN!


This is unfair!


tetiba aku menyesal lak beli rumah kat kg. apasal la aku tak duduk Timbuktu jek... 


ARGHHHHHHHHHHHH!



Friday, December 9, 2011

tudung=hijab

Apa gaya terkini bertudung? i cant keep up anymore. let just say yg ada awning ala ariani tu sgt praktikal. tinggal sarung aje. utk muka tembam montel bilat ala dinner plate / dinner roll mcm i ni kena la amik awning yg keras skit..so kengkonon tirus la ...huahahahahaha....

ni pki tudung bawal je...tapi sumpah...ni la pic aku paling lawa seumur hidup aku. and yes..i  touched  up skit...hehehehe

aku sukastail ni..tp klu tak kena fabrik..berpeluh. see..berpeluh2 makcik memusing2 tudung..

yg ada awning tu..kan mcm..diulangi..mcm slim la muka tu..NOT!


skang ni plak adik aku kata org aka bebudak muda skang berfesyen ala hana tajima. hana tajima mmg cute..


erm...artis esp najwa latiff selalu pki cam ni..adik aku pki lawa la plak...


students aku yg dah anak2 dara sunti tu pun pki mcm ni...comel la gak....esp klu jenis kulit putih gebu tu..ada gak cikgu yg ke sekolah buat mcm tu. tp aku tgk mcm tak berapa kena la...sbb tudung mcm ni kasual sgt dan klu tak pndi gayakan nmpk sloppy. bak kata laki aku..."macam Megatron..."


megatron...errr...i'll stick to my faithful comfy tudung bawal je la...

Tuesday, December 6, 2011

musim kenduri kendara

cuti sekolah. actually cuti ujung tahu aje yg betul2 cuti utk ramai guru..(bkn semua guru ye sbb agak ramai juga guru kategori pengelat under the radar a.k.a skip kerja). seperti biasa org Johor akan sibuk rewang. maksudnya sama2 tolong tuan rumah buat kerja2 pra kenduri, kenduri dan post kenduri. klu diukur dpd KPI keluarha aku rewang tu termasuk la kupas bawang, siang ayam, potong daging, bsuh ayam, basuh daging, blender bawang, basuh bender, masak, MAKAN, basuh pinggan mangkuk periuk belanga, lipat kertas napkin, basuh telur, rebus telur, bla bla bla bla bla...penat.

tapi sedar atau tak dalam reramai manusia sedara mara yg dtg 'rewang' ada beberepa kategori utama yg kita boleh kelaskan mereka ini.

1) the chefs - ni usually akak2 dan makcik2 yg tera dan dihormati akan skil memasak mereka. keperluan memasak selalu dirujuk kpd mereka. dan mereka yg boleh diharap akan dipilih utk menjadi sous chef yakni pembantu chef utk buat kerja rencam seperti ambikkan gula, ambikkan garam, hiriskan daun bawang dan lain2. ini kerana chefs are usually too heavy to carry themselves up and down so they just sit nearby the periuk cooking.

2) the orang kuat - all rounder...runner..the backbone of majlis. usually org yang paling rajin dlm keluarga tu. org kanan tuan rumah atau mak pengantin. ni la yang paling pnat pun sbb selalunya rmi org akan tanya dia utk rujuk mana letak duduk barang atau keperluan majlis.

3) the baby sitter - org yang 'paling' penyayang dengan anaknya. anak akan dikelek dan dipeluk dan ditatang. esp kalau ada anak kecik. walau pun budak tu tak nangis. walaupun budak tu tak demam. walau pun budak tu tak tido. WALAUPUN SEBELUM MAJLIS DIA TAK PERNAH PUN JAGA BUDAK TU SBB SUMANYA MAK DIA YG BUAT. 

4) the make up artist - org yang belum majlis belum siap, mak andam belum sampai tapi dia dah full face bermekap. siap buku mata palsu lagi. so dgn keadaan dia yg serba indah tu org mmg takkan suruh dia buat kerja berat. habis la mekap cair. so buat apa? susuk je la cari prospek husband  atau lebih afdal lagi mengumpat.

5) the frontman - org yang akan tolong kerja2 yang memerlukan dia layan tetamu khas atau jamu menjamu tetamu atau layan VIP. tolong2 buat hiasan ke...tolong pengantin ke...tapi sgt alah kpd kerja yang basah, panas, berat. busuk atau takde org kenal dia. kalu majlis itu di ibaratkan sebuah rumah, maka org seperti ni adalah peti pos bernombor.
credit http://azid-inspirasi-alam.blogspot.com

so, anda yang mana satu?