Friday, January 13, 2012

kerana dirimu berharga

hari ini terbaca kisah Wardina dirompak. seram ye bila membaca kes rompakan begini. maklum la..zaman org dah takde hati perut ni bukan boleh aci..suma dibalun aje..tak kisah halal haram lagi dah.

tapi yang menyentuh hati aku ialah apabila Wardina menceritakan saat suaminya, Ikhwan mempertahankan agar isterinya tidak disentuh dan dihampiri kerana dia tidak betudung waktu itu. aku andaikan yang Wardina hanya sempat menutup auratnya dengan selimut saja.

Romantik kan? dalam keadaan darurat sebegitu masih sempat suami mempertahankan maruah isterinya. maksud aku, tak perlu menunggu saat untuk dipegang atau diraba atau diusik lagi suami telah meminta isteri jgn dihampiri kerana tidak bertudung. betapa besarnya nilai dan hak aurat isteri kepada suami..jgnkan disentuh, dilihat pun tak boleh.


jadi, bertitik tolak daripada artikel yg dibaca itu...aku berazam dan menanam tekad untuk menjaga aurat sebaik yg boleh, tidak  memakai short sleeves shirt dan yang senagkatan dengannya.  kerana aku terpanggil untuk menyimpan hak suamiku daripada diwenang-wenangnya dilihat org lain. kerana aku dan suami berhak untuk memiliki exclusivity apa yg org lain tak boleh miliki.semoga teguh tekad ini, semoga kita semua begitu...Insya Allah...

No comments:

Post a Comment