Thursday, March 15, 2012

bukan gua

aku bukan hidup dalam gua. tak ada cahaya, sendiri dan tak perlu org luar bergaul dgn saya. begitu juga engkau.

sebab itu Allah jadikan keluarga dan kawan2 daripada berbilang bangsa. untuk bergaul dan bertukar pendapat. tapi bukan bermakna kita kena jadi hamba pendapat diaorg. hamba pendapat itu ialah apabila kita terlalu concern dgn apa kata org sekeliling sampaikan kita sendiri tak ada keberanian untuk menegakkan pendapat sendiri. pernah dengar istilah "fashion victim"? aku rasa golongan fashion victim ini adalah hamba kepada pendapat 'cendiakawan fesyen' yg dictate apa yg trendy dan apa yg out dated. Apabila terlalu concern dgn pendapat semasa ini maka jadilah situasi dimana akak2 kita berfesyen yg bukan2 tak sesuai agama dan majlis.

tapi hati2..sbb bila kau jadi terlalu opinionated pun, kau akan jd egocentric. bahawa sanya kau la h yg benar... org lain suma kaku, suma kolot, suma berfikiran ketinggalan. berbalik kepada di atas. disebabkan kita hidup bersosial lah kita kena jugak dengar pendapat org lain. kadang2 bila kita terlalu taksub dgn ilmu seciput dalam dada kita rasakan org lain salah dan terlalu berburuk sanngka. kena ingat bahawa setiap apa yg kita buat adalah berpagarkan syariat dan undang2. ye, mungkin betul kau berniat baik, idea kau tip top, kau cemerlang bla bla bla. "NIAT TAK MENGHALALKAN CARA". bila apa yg kau buat mengikut hati kau, tanpa mengira hati org tersayang...kau rasa bila dibangkang adalah fitnah terhadap kau. harus kau ingat yg adalah tanggungjawab kita untuk menglakkan diri daripada difitnah. jauhi diri daripada memberi peluang untuk difitnah. luaskan lingkup sosial kita dan baru kau tahu bahawa apabila kita dihujani fitnah dan tanggapan negatif, kita sebenarnya perlu stop sejenak dan nilai semula jika tindakan kau itu salah atau benar.

dan aku adalah org yang acapkali perlu berhenti dan berfikir kerana sikap impulsif aku selalu memberi makna salah. aku hanya pertahankan hak aku dan pada masa yang sama perlu menjaga hati ramai pihak agar tidak disalahertikan. halangan aku adalah kerana aku hidup di kelompok kelurga yg besar. dan aku harap kau juga menjaga hati aku kerana aku tak tahu jika pengorbanan aku itu akan kau hargai.

No comments:

Post a Comment