Sunday, January 29, 2012

kek cawan

mocha cupcakes with caramel n oreo buttercream

Happy Birthday, abah! 

(walaupun the cakes are requested by org2 yg nak balik ke sarang masing2)



Friday, January 20, 2012

soalan maut kpd suami: ingat tak hari ni hari apa?

hari ni WHI kat tv3 membincangkan isu rumahtangga yg sering kali jd bahan utk para isteri meajuk. apa lagi...kes tak ingat anniversary atau besday la. isu 'berat' tu...so ramai la wanita2 menelepon meluahkan rasa rajuk yg suaminya tak ingat anniversary.

ini sekadar pendapat aku la ye...kalau ko rs byk buruk dpd baik ko amalkan. kut ko rs aku ni xde perasaan jgn ikut..anggaplah aku ni salah jantina..ekekekekeke.

ye, aku penah la merajuk sbb laki aku yg terchenta tu lupa anniversary. mula2 tu pujuk..tp dah msk 3 thn merajuk dia buat derk aje. pastu aku pun malas la nak merajuk2 lg. aku sorg2 je celebrate beli hadiah, masak bagai...dia mcm tu gak. toya jek...

so, penghabisannya aku decide malas la nak celebrate2. lg pun mcm kat entry ni atau ini....aku rs takde keperluan sgt la untuk aku nak ingat dan nak celebrate dan nak merajuk sbb laki lupa dan nak pujuk memujuk semata2 kerana tarikh yg satu ni. nooo...i am not heartless, i am hopelessly romantic actually...tp skang dah kureng skit. maklum la dah tua2 ni lebih realistik agaknya.

dan aku rs pendekatan lelaki utk kurg ingat hari2 atau tarikh2 keramat tu menyebabkan hidup para lelaki kat bumi ni lebih aman dan damai, kurang stress. agaknya la. dan aku pun rs nak hidup kurang stress, spy pjg umur...maka aku cuba2 la tak nak mengisah sgt dgn tarikh2 keramat kecuali tarikh roadtax, lesen, credit card dll expired.

obviously klu ko rs tarikh tu penting, go ahead..celebrate lah..good for both of you. dan kalau hubby korg sertakan tarikh tu dgn jambangan bunga sebesar kereta, kereta, cincn berlian berkarat2 atau handbag harga sebulan gaji korg...lagi bagus. klu setakat kerja gomen cabuk mcm ktorg berdua ni, takyah la mengharapkan beg LV ori atau bunga sejambak RM100 atau dinner kat hotel. kesian laki tu..dah la bersusahpayah nak ingat (simpan dlm BB atau PC) kena plak bg hadiah (salah hemat hadiah tu korg tak berkenan). pastu korg lak yg bersusahpayah nak merajuk. ekekekekeke...!

ingat...jgn tiru mcm aku klu korg rs aku ni hati kaudu!

Friday, January 13, 2012

kerana dirimu berharga

hari ini terbaca kisah Wardina dirompak. seram ye bila membaca kes rompakan begini. maklum la..zaman org dah takde hati perut ni bukan boleh aci..suma dibalun aje..tak kisah halal haram lagi dah.

tapi yang menyentuh hati aku ialah apabila Wardina menceritakan saat suaminya, Ikhwan mempertahankan agar isterinya tidak disentuh dan dihampiri kerana dia tidak betudung waktu itu. aku andaikan yang Wardina hanya sempat menutup auratnya dengan selimut saja.

Romantik kan? dalam keadaan darurat sebegitu masih sempat suami mempertahankan maruah isterinya. maksud aku, tak perlu menunggu saat untuk dipegang atau diraba atau diusik lagi suami telah meminta isteri jgn dihampiri kerana tidak bertudung. betapa besarnya nilai dan hak aurat isteri kepada suami..jgnkan disentuh, dilihat pun tak boleh.


jadi, bertitik tolak daripada artikel yg dibaca itu...aku berazam dan menanam tekad untuk menjaga aurat sebaik yg boleh, tidak  memakai short sleeves shirt dan yang senagkatan dengannya.  kerana aku terpanggil untuk menyimpan hak suamiku daripada diwenang-wenangnya dilihat org lain. kerana aku dan suami berhak untuk memiliki exclusivity apa yg org lain tak boleh miliki.semoga teguh tekad ini, semoga kita semua begitu...Insya Allah...

Tuesday, January 10, 2012

dalam lelah
sewajarnya aku bersyukur
kerana lelahku bermakna aku sedang mencari rezeki
kerana lelahku bermakna aku tidak mengambil enteng masa depan mereka
kerana lelahku bermakna aku sedang menggunakan tenaga

jadi sewajarnya aku bersyukur
dan berdoa kukuh imanku untuk tidak tersungkur

Tuesday, January 3, 2012

sibuknya...

benn very busy lately.... doing these






so far..hasilnya ini...




can't wait to be the queen of mi casa!!