Saturday, November 24, 2012

ohhhh....

Terima kasih buat sepupu suamiku..kerana sama2 membantu kami yang tergolong dalam kategori pasangan malang. Awal mlm tadi dpt berhubung dengan seorang pengamal ubatan herba untuk mereka yang cuba dapatkan zuriat. rupanya Pak Husin ni pun dulu mengamalkan ubat ni..diapun 12 tahun baru dapat anak. Dengan izin Allah dan ubat tu serasi dengan dia suami iateri maka sekarang mereka dah ada 2 orang anak.

Tapi dalam telepon tu mcm2 yang ditanya kat aku. period ok ke tak, ada senggugut ke tak, period datang tepat ke tak, rupa apa, warna apa, bau apa..ish...doktor pun tak tanya macam tu. so sebab aku pun tak dapat bertentang mata dengan orang ni maka aku jawab la sesimple mungkin reluctantly. 

Aku memang agak prejudis dengan org2 yang cuba bertanya aku pasal usaha nak beranak pinak ni. Kenapa bila tau aje pasangan tu takde anak terus aje, straight aje tanya kat isteri samada period dia ok ke tak..sama ada penah gugur ke tak...hello..ingat pompuan aje ke boleh tak subur??????????? typical Malay!!!!Nasib baik aku Jawa cmpur Cina skit...ekekekekekeke.....hadoi la, seksa betul jadi pompuan kat Malaysia ni. 

back to the conversation...so, agak2 aku dah mula tak paham apa Pak Husin tu cakap (sebab dia ckp Ganu) last2 dia mintak balik nak cakap dgn laki aku. Apa tah dia borak dua orag..tapi aku rasa bunyinya lebih berhemah la berbanding aku tadi.

Maybe aku ni terlebih sensitif..ye la org nak menolong bukan nak nosy kan. Mintak maaf la sedara sedari tuan puan..bukan saya tak mau ditolong. tapi saya malu sebab benda ni menunjukkan kelemahan saya, kekurangan saya. Saya bukan sakit yang macam orang lain yang mendatangkan simpati..'sakit' saya ni mendatangkan ejekan dan sindiran dan gurauan yang bukan sedikit kesan di hati. 'sakit' saya menentukan putus atau tidak warisan keluarga, boleh mendatangkan risiko saya di madu atau diceraikan (Na'uzubillah). Sebab tu saya agak tak gemar nak berbicara dengan orang yang kurang dikenali tentang hal ini. 

oh ya, tadi saya update kira2 kwn dan sedara mara yang beranak tahun depan..list saya dah meningkat kepada 10 orang. Syabas Inspektor Sahab...

No comments:

Post a Comment