Tuesday, November 18, 2014

kanak-kanak adalah span

Kanak- kanak adalah span. Maknanya dia akan serap dgn cepat apa yang dia lihat, dengar, buat, sentuh, rasa dll. Kata bapak aku "mengajar budak mcm tuang air atas pasir. cepat je air tu serap. tapi ajar org tua, macam curah air atas batu. Serapnya tidak, tempias basah sekeliling tempat...senang citer, mantul."

Sebab tu aku kecewa bila ada rakan sekerja a.k.a. cikgu yang suka ambil mudah dengan perjalanan aktiviti yang melibatkan budak2.

Buat sukan, nak lebih kurang sbb malas nak kelola. Buat majlis anugerah kecemerlangan, buat secara internal sebab tade bajet..tak jemput mak bapak. Buat jamuan asal order, asal kenyang. tak kisahla sedap ke tidak.

Aduhai, korang tu cikgu la. kerja kita ni memang la remeh, leceh dan merepek meraban..tapi itulah cikgu. budak kot..mmg la rewel kerja2nya. anak2 korang tu, kuar2 dari perut terus besar pandai berdikari ke?

Mmg la kita tak mampu nak kuarkan duit sendiri byk2 utk semua benda tu, tapi kalau kita tak berkira dgn orang kan ke nanti esok2 orang tak berkira dengan awak? Jamuan akhir tahun buat la semengah sikit..balik2 kata dah tua , dah jemu buat jamuan.

semua yang budak2 buat adalah pengalaman. Biar dia tahu bkn senang nak buat majlis. kena kumpul duit sikit2, then ada bajet buat semampunya..takkan la balik2 mintak rm10 pastu beli KFC snack plate. tgk kelas sebelah, bajet sama tapi ada jajan, ada kek, ada kuih, ada game, ada hadiah. dah habis jamuan, suruh la kemas. kat umah dah ada bibik, takkkan kat kelas nak mem'bibik'kan org lain..kena la ajar rutin harian.

Biarla dia kenal erti penat supaya dia hargai yang setiap titik peluh dia tu perlukan pengorbanan fizikal. Biar la dia kenal erti kemenangan supaya dia tahu seronoknya mencapai ganjaran. Biar la dia kenal erti tewas supaya dia belajar bertabah dan kuat semangat. Biar la dia kenal erti disiplin supaya dia tahu setiap apa pun perkara perlu ada sempadan dan hukum hakam. Biar la dia jadi manusia..bukan lembu yang kau cuma bagi makan supaya senyap dah keluarkan hasil.

Yela..aku tau aku takde anak..so aku takde tanggungan dan boleh spend duit utk budak2 tu. Tapi kau tau ke aku pun paksa diri aku beri sentuhan sendiri pada setiap yang aku beri kepada diaorang? ye sama, aku pun kasi anak murid aku mkn KFC. tapi bukan snack plate..ayam je alat2..sorg seketul je. lain2 aku buat coleslaw, aku order nasi goreng (sbb kuali tak cukup besar hew hew hew!)..ada air, ada buah, ada sayur, ada jajan. Sebab aku nak budak2 tau yang diaorang tu special (walaupun setahun bikin panas hati aku) dan mereka diraikan. semua mkn murah2 je..terpaksa buat sendiri smpi mlm2 buta.

Takde duit takpe cikgu..janji cikgu beri sentuhan cikgu. Garang takpe cikgu..janji cikgu bagitau diaorang apa salah diaorang dan kenapa kau kena garang. Sporting takpe cikgu..bukan menjakan tapi nak berkawan dgn diaorg.

Aku ambik masa 10 tahun untuk belajar benda ni..dan aku harap aku boleh bertahan lagi 20 tahun.
I was a terrible teacher the first 5 years and got better these last five more. Wish me luck!

Monday, October 6, 2014

Ibu remaja

so, my hubby's cousin's daughter got knocked up. 5 months already. sick.

when we heard of the news 2 weeks ago, i wasn't really shocked. because i know the girl. Dia dimanjakan ibunya..sorg pun manusia tak boleh marah anak pompuan dia. ada sekali tu masa dia kena histeria, terkantol dlm SMS dia yang sewajarnya dikategorikan sebagai sextext. it was so gross reading her bf and her texts that i feel like i have to samak my hand afterwards. and the boy....well, senang cerita kutu berahak.

nak dipendekkan cerita, mereka dah pun selamat dinikahkan. so these few weeks ada sikit drama la bila jantan tu yg juga 16 tahun still act like a stupid young boy that he is. gaduh je nak mintak cerai.gaduh je mintak cerai. penampar tak nak plak mintak. disebabkan itu mak dia pun mintak tolong la kat laki aku selaku ostat utk bg sikit tazkirah munakahat. tanya punya tanya...rupanya makna syahadah pun tak tau. solat patah lagi. aku berbulu dgr.

aku wonder la kenapa nak ditazkirahkan..rupanya nak bg kesedaran bab alam rumahtangga. takut lari dari rumah. yang betina tu pun tgh stress bila ahli keluarga tak nak layan dia macam dulu.. dia rasa macam orang asing. (oi cik adik. kau dah conteng arang ke muka depa...apa yang kau expect? timang dan dodoi?)

jadi, as orang yang cuba menjadi voice of reason dlm family, si ostat ni pun berilah fakta2 yang boleh dihadam oleh otak lembap budak remaja 2 ekor tu. belajar malas, benda simple pun nak kena terang macam baru hidup kat dunia ni. boleh la pulak laki aku buat statement : kena jaga baby dlm perut tu. itu anugerah..kau muda2 dah dapat anugerah. abang emi ni 10 tahun kawin pun tak de anak lagi.

pergh, menyirap sial darah aku masa tu. tu anugerah????????????? abis aku yang nan hado ni apa? kifarah? his statement really make me feel like i have no worth whatsoever to have a baby of our own. ha...budak2..pergi la berzina byk2...pegi kejau anugerah kau tu. bengang  betul aku. sangat marah. pissed off. seriously, klu tak kerana dia ckp tu dpn mak mertua adik ipar aku nak aje aku sembur balik kat muka dia.

please la...jgn la nak murnikan perbuatan sundal tu semata2 nak jaga hati budak2 yang bodoh bebal tak dengar ckp org tua. dah memboyot baru nak mintak kesian nak dgr nasihat. pasni nak suruh apa plak? buat kenduri lenggang perut 7 hari 7 malam? heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee........... aku marah sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, September 10, 2014

Jawapan aku sebagai insan yang tiada zuriat

Well, aku ingatkan manusia yang tiada kena mengena dgn aku saja yang tak paham keadaan kami. rupanya yang dekat (read:adik beradik ipar duai) pun sama bingai. Ini yang lg payah nak dipahamkan sebab nak aku smash, karang bergaduh adik beradik. lagi2 ipar duai...kang dikatanya aku ni menantu hantu..hahahahah. So aku akan try untuk memberi pandangan aku terhadap beberapa soalan lazim yang diberikan kepada aku. Harus diingat, ini JAWAPAN AKU, PANDANGAN AKU. Aku tak jawab bagi mana2 pihak tak berzuriat yang lain dan kalau kau tak setuju, itu hak kau. Kau pun bukan bayar bil api air aku dan aku pun tak pasti sapa yang nak baca post ni. so here goes..

1.Kenapa tak ambik anak angkat?
 first of all, jwb soalan ni esp klu ko n husband dah bercinta dan berjaya kahwin  dan berjaya ada anak. apa perasaan kau? bukan ke itu lambang cinta agung kau? apa yang kau rasa accomplish sgt tu la yang aku nak rasa.sebab aku dah kenal suami aku selama 6 thn before kahwin and now dah 16 years dah. pasal anak angkat tu...kami anggap mcm jodoh la juga. bila org offer ambik baby yg emaknya umur budak sekolah menengah dan bapaknya pun sama sengal..aku tak nak jadi orang yang tolong cover atuk dan neneknya. because the right thing is for them to raise their own flesh and blood. to be responsible. to hold accountable for whatever actions their children do. tu belum cerita lagi org keliling yang akan sebut sampai mati.."tu anak angkat tu.." everytime the adopted child's name is mention. i dont know if i will ever open my heart to this adoption things. it is all up to God. adopted child comes from the heart, not from the womb. and i dont know when my heart will give birth to a child...hahahaha. senagn cerita. kalau kau ni betul2 hati mulia, kau ambik anak angkat. apa perasaan kau...(aku tak tau la logik ke tak suggestion aku ni)

2. Kenapa tak buat IVF? kan ada duit.
Fertility treatment bukan murah...tak semurah duit ubat kencing manis kau tu, kak oi. lagi malang, aku ni bukan tergolong dalam kategori miskin (pendapatan bawah RM4000 suami isteri) untuk membolehkan kami diutamakan dalam mana2 organasisi bantuan kesuburan. tapi, kami pun tak la kaya untuk membuat treatment bernilai 20k-30k yang didapati di mana2 pihak swasta. Kami plak di BP..tak sebanyak pilihan seperti di bandar besar mcm KL tu. Kerja gomen plak bukan la reasonable sgt utk kami mintak cuti sesuka hati untuk dtg hospital buat itu ini. and as i have explain a few years back...even nak buat IUI yang basic tu pun tertunda beberapa kali sebab cuti umum la, salah tarikh period la..mcm2. tolong la...klu kau rajin reseach sikit psl IVF ni, maka ramai la celebrity kaya raya yang rs sgt privilaged to being able to afford such expensive procedures. what do you think drove tuanku azizah to start her foundation in the first place?

3. Kau berdua ni dah seronok sangat duduk berdua kan tak yah bangun malam, takyah bangun jaga anak etc.
Well, nak kata seronok tu tak jugak, tak seronok pun tak jugak. Setiap benda ada pros and cons. malam2 tu terbangun jugak..nak terkencing ke, terdengar bunyi pelik ke. kekadang tu tak boleh nak smbg tido balik. Aku tau la kau jeles dengan aku kan..sebab kau tak cukup tido, tak dapat tido, tak lalu tido..tapi aku pun jeles gak. sebab tak dapat tido atas sebab yang lebih valid selain daripada terlebih minum kopi. apa nak ssh hati..kau tak dpt tido, kau cerita aje la kat tpt kau anak kau begitu begini,,sure ramai yang simpati. cuba aku yang cerita macam tu..tak tido sbb ptgnya tu terminum kopi kaw..confirm la kena gelak2 jek. anyhow, i do feel grateful sbb we both get to be spontaneous in our romantic department. nak grab ke, nak steal a few kisses here and there ke...nak separa bogel ke...kita orait je. takde org lain nak sensor2. agak2 kau boring, bukak la tv kuat2. hahahaha...jeles tak? seronok dalam perhubungan tu adalah untuk kau cari sendiri. Kalau kau jenis subur kalau tak mkn ubat je lekat tapi asik merungut laki tak tolong kau pun tak seronok kan. daripada aku duk gaduh2 dgn laki aku psl anak ni..baik la aku lovey dovey je dengan dia. ingat, BAHAGIA ITU PERLU KAU CARI.

4. Kau tak takut ke laki kau kahwin lain?
kenapa, dia nak kahwin dengan hantu ke smpi aku kena takut? hahahah...takde la tak takut. mana ada pompuan tak takut kena madu kan. sama la dgn aku. Tapi perjalanan hidup kita ni pun Allah yang tentukan. Jodoh, mati, rezeki..bukan kita tau. kau tu, confirm ke laki kau tak gatal dengan pompuan kat opis dia? kau tau ke dia gurau lucah2 dgn anak dara kat sana? hahahah...takut tak? acah mak enon. gurau kasar sikit ek. Kalau ikut hati perempuan aku mmg dah terbayang2 la apa tindakan aku kalau betul2 terjadi tapi itu hanya emosi yang dikipas syaitan. We will never be ready enough ehen the time comes. so just tawakkal la kat Allah. aku tgk, pompuan yang paling ramai kena madu rasanya yang dah beranak pinak pun..smpi gaduh2 keluar masuk court. org takde anak klu kena madu rsnya takde la rs mcm tertipu sgt sbb dia dah ada reason kukuh utk dimadukan..redha je la. Kita doakan yang baik2 je la kan...tapi utk kwn2 laki aku yang duk bakar2 suruh dia kahwin lain tu aku doakan diaorg jumpa jodoh baru la..biar dia tau panasnya bermadu. hahahhahah!

Ok..pent la komen pjg2. tak lalu plak nak baca nanti. cukupla setakat 4 FAQ ni. lain kali kita jawab soalan lain plak.


Saturday, August 23, 2014

Selamat kembali MH17

(credit merdeka-online.com)


Selamat kembali MH17
seusai 35 hari di tanah asing
diusik diuji dikaji dicatu
demi secebis bukti asal usulmu

Selamat kembali MH17
ke pangkuan ahli keluarga
meski mereka hanya menyentuh keranda
cukuplah pusara penenang jiwa

Selamat kembali MH17
tanda prihatin sang penguasa
nyata masih kaya sifat mengasihani
dalam hati masih banyak nilai manusia

Selamat kembali MH17
kami terima seadanya kamu
diiring air mata dan doa yang sayu
hilangnya warga angkara orang berhati batu

Selamat kembali MH17
kembali kepada sang Pencipta
Sekian masa kau dipinjamkan oleh-Nya
dengan Rahmat-Nya kau bertemuNya semula

Selamat kembali MH17
namamu terpahat di sejarah luka.

Hazel
22.8.2014
11.59 pm

Saturday, August 16, 2014

girl eats cake. Or cakes. Or cupcakes. A lot.

I love cakes!! love, love, love, love!

one of my early ambition is to be a pastry chef. or a wedding cake baker. I am not sure if i have what it takes to be one, but i still find it appealing. 

i have made quite a few cakes. Not really sure if they are as good as my loyal fans (sister, mom, brothers..emm, that's all of them anyway..hahaha!) say..but enough to satisfy my sweet tooth craving. 


I have started to completing my dream kitchen with mixer and oven and piping tips etc etc etc. and i have yet to feel satisfaction.

Maybe it is the lack of skills. or maybe me being unable to deliver constant result with my cakes..same recipe will always turn out differently everytime. i want to be able to sell cakes everyday..but i cant. i have a day job that requires me to spend immense time to prepare the lessons. so, the best i can do is an occasional cake order. and there isn't enough order. maybe my cake is not good, tak sedap or biasa aje...

how la all those bakers do? Mmg diaorg buat kek fluffy sepanjang masa eh? mmg sedap sentiasa eh? aku pernah makan kek org jual beratus2 hengget, tapi rasa macam beli kat kedai roti cina tu je. 

How? How? How? ish...tensen betul la..

Friday, August 8, 2014

the reason why

salam aidilfitri!

chewah...macam artis giteww. hahahah...ada saki baki kegembiraan ni kita balun je la kan.

Tahun ni ramai jugak org yg dtg rumah aku..Alhamdulillah. hopefully semua yg datang tak balik dgn lapar..sbb kesian tau balik dr beraya masih lapar. Sebenarnya raya ke 3 aritu aku berjalan sakan dgn en hubby..tapi semua cuma makan kuih raya n air gas. mau tak masuk angin kan perut tu? hahaha..nasib la mlm tu pergi umah Ucu aku. Sedap betul belasah ikan kering sepat n asam pedas cencaru. jumpa plak urap pucuk ubi. fuhh...jahanam diet aku.

One of my besties dtg rumah..lama tak jumpa dia. dulu dtg rumah tgh memboyot 2nd child, tahun ni dah berlari pun budak tu. borak punya borak, terkeluar isu Jamuan Buka Puasa geng2 kitaorg. dia tanya kenapa aku dah tak pergi lagi.

aku pun termenung nak jawab soalan tu. Lastly aku kata ..

" Aku tak sanggup nak tgk dari jauh time kita beratur bg duit raya kat budak2 tu...sebab dari tahun ke tahun bilangan diaorang bertambah. Tapi takde sorang pun drpd bebudak tu aku punya. Aku tak sanggup nak bergambar sesama kita tapi aku sorang je yg tak mengelek anak. Waktu aku dikelilingi hingar budak2 kecik tu waktu yang aku rasa paling sunyi. Sunyi sesunyinya."

*untuk beberapa saat ktorg terdiam. cuma dgr bunyi ikan goreng dalam kuali.*

ko paham tak? maybe tak. tak apa...it's okay.

Saturday, April 12, 2014

hidup kembali

HALLLLLLOOOOOOOOOOOOOOOO!

LOL! Setahun weh tak update.

Aku dah agak dah. aku mmg fail bab tulis menulis. sedari kecik lagi kengkonon nak ada diary tapi nan hao..berhabuk jua. siapa yg bersalah dalam hal ini? Instagram (because it is sooooo colourful) and FB (pun dah mula membosankan).

but then..i have to finish what i have started. paling tidak pun kita bagi masa a few months. tgk rajin ke tak lagi.

Dulu aku pun try menry je buat blog ni... i just wanna know what it is, how it feels and bla bla bla. and since my life is not actually that interesting and i am not someone who looks interesting, so this page has kinda fall apart. just a personal rambling of a mundane life.

enough said.

kita jumpa lagi nanti..............