Showing posts with label :'(. Show all posts
Showing posts with label :'(. Show all posts

Monday, October 6, 2014

Ibu remaja

so, my hubby's cousin's daughter got knocked up. 5 months already. sick.

when we heard of the news 2 weeks ago, i wasn't really shocked. because i know the girl. Dia dimanjakan ibunya..sorg pun manusia tak boleh marah anak pompuan dia. ada sekali tu masa dia kena histeria, terkantol dlm SMS dia yang sewajarnya dikategorikan sebagai sextext. it was so gross reading her bf and her texts that i feel like i have to samak my hand afterwards. and the boy....well, senang cerita kutu berahak.

nak dipendekkan cerita, mereka dah pun selamat dinikahkan. so these few weeks ada sikit drama la bila jantan tu yg juga 16 tahun still act like a stupid young boy that he is. gaduh je nak mintak cerai.gaduh je mintak cerai. penampar tak nak plak mintak. disebabkan itu mak dia pun mintak tolong la kat laki aku selaku ostat utk bg sikit tazkirah munakahat. tanya punya tanya...rupanya makna syahadah pun tak tau. solat patah lagi. aku berbulu dgr.

aku wonder la kenapa nak ditazkirahkan..rupanya nak bg kesedaran bab alam rumahtangga. takut lari dari rumah. yang betina tu pun tgh stress bila ahli keluarga tak nak layan dia macam dulu.. dia rasa macam orang asing. (oi cik adik. kau dah conteng arang ke muka depa...apa yang kau expect? timang dan dodoi?)

jadi, as orang yang cuba menjadi voice of reason dlm family, si ostat ni pun berilah fakta2 yang boleh dihadam oleh otak lembap budak remaja 2 ekor tu. belajar malas, benda simple pun nak kena terang macam baru hidup kat dunia ni. boleh la pulak laki aku buat statement : kena jaga baby dlm perut tu. itu anugerah..kau muda2 dah dapat anugerah. abang emi ni 10 tahun kawin pun tak de anak lagi.

pergh, menyirap sial darah aku masa tu. tu anugerah????????????? abis aku yang nan hado ni apa? kifarah? his statement really make me feel like i have no worth whatsoever to have a baby of our own. ha...budak2..pergi la berzina byk2...pegi kejau anugerah kau tu. bengang  betul aku. sangat marah. pissed off. seriously, klu tak kerana dia ckp tu dpn mak mertua adik ipar aku nak aje aku sembur balik kat muka dia.

please la...jgn la nak murnikan perbuatan sundal tu semata2 nak jaga hati budak2 yang bodoh bebal tak dengar ckp org tua. dah memboyot baru nak mintak kesian nak dgr nasihat. pasni nak suruh apa plak? buat kenduri lenggang perut 7 hari 7 malam? heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee........... aku marah sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, August 23, 2014

Selamat kembali MH17

(credit merdeka-online.com)


Selamat kembali MH17
seusai 35 hari di tanah asing
diusik diuji dikaji dicatu
demi secebis bukti asal usulmu

Selamat kembali MH17
ke pangkuan ahli keluarga
meski mereka hanya menyentuh keranda
cukuplah pusara penenang jiwa

Selamat kembali MH17
tanda prihatin sang penguasa
nyata masih kaya sifat mengasihani
dalam hati masih banyak nilai manusia

Selamat kembali MH17
kami terima seadanya kamu
diiring air mata dan doa yang sayu
hilangnya warga angkara orang berhati batu

Selamat kembali MH17
kembali kepada sang Pencipta
Sekian masa kau dipinjamkan oleh-Nya
dengan Rahmat-Nya kau bertemuNya semula

Selamat kembali MH17
namamu terpahat di sejarah luka.

Hazel
22.8.2014
11.59 pm

Tuesday, November 20, 2012

Kuatlah wahai hati!

Dalam pada Ummah seluruh dunia bersatu menentang Zionis dan Israel, aku merasakan post ini agak selfish dan kurang penting berbanding kepentingan penduduk Palestin. Maafkan aku ya Allah..aku bukan melepaskan diri daripada tanggungjawab ku terhadap saudara seagamaku..sekadar beberapa minit untuk melegakan hati.

Yup, went to Terengganu. drove for almost 500km. by myself. tera tak? mcm nak patah pinggang aku. Konvoi 8 kereta dari BP..aku sorg je pompuan yg drive. ala..org pompuan drive..mestila terkedek2 jek. tapi nak membesit kat Jalan Segamat-Kuantan tu apa la maknanya...lori tangki, lori kelapa sawit dan lori kontena berderet. dapat cilok2 potong diaorg pun dah hebat dah aku rasa...hahahaha.

Sesampai je KT pukul 5 pm, terus solat n kuarkan barang. Kuar balik ke bandar KT untuk cari last minute preparation utk adik ipar aku nak jadi pengantin. ada lagi rupanya hantaran yg tak settle. Kakak pengantin org yang last sekali siap. Tak sia2 duduk asrama selama ni..aku bersiap dari mandi ke pakai baju ke bersolek dalam masa 15 minit tepat. (Terima kasih fasa hidup asramaku!)

Waktu nikah tu..aku ada rasa satu perasaan keterharuan sedikit. Walaupun aku ni org luar, aku dah kenal adik ipar aku ni 8 tahun lebih dah. Aku tgk dia daripada zaman dia sekolah menengah smpi keluar U. Dah jadi laki org dah...dan ada jugak tedetik di hati aku..aku kena bersedia untuk mendapat taraf 'menantu kain buruk'. maklum la...isterinya tu daripada keluarga baka baik2...adik-beradik ada 8 org..ada kembar plak tu. Cantik pulak tu. tak setanding la aku ni...tapi aku tetap mendoakan dia dan isteri dikurniakan perkahwinan yang abadi dan cepat dapat anak2. takde la Hj Ishak nanti takde waris katanya...hehehehehe...nak tunggu aku? mau kerepot segala tiub fallopian dan ovum aku belum tentu beranak...hahahahaha!

(pic ni aku curik dpd FB kwn pengantin sbb gmbr diaorg takde pd aku)
Selamat Pengantin baru, bro!

Tuesday, November 6, 2012

hati pecah

i wish i was deaf, numb and blind.

i wish i was dead.

i wish time stops here. now.

Friday, August 10, 2012

merenung masa depan

Memang betul la kalau org kata Ramadan n Syawal bulan yg evoke macam2 perasaan.

Lokasi : Bilik Guru
Situasi: Everyone mengambil tempahan kuih dan kerepek masing-masing. Ada juga hadiah dpd pentadbir sekolah.
Situasi aku: trying to finish surah Al-Kahfi quietly.

Suara2 latarbelakang:"Banyaknya korg ni order kuih. kerepek lagi plak tu!"
                                "Jgn lupa ni jap lg kuih batang buruk nak smpi jap lagi"
                                "Sapa la yg nak makan byk2 ni?"
                                "Aku bukan pa, aku suka tgk anak2 makan..beli pun bukan untuk org lain..anak jugak"
                                "betul tu..anak2 akak sekali hadap je depan tv ni kerepek2 ni..seronok tgk dia mkn"

tetiba terlintas kat hati aku..lagi 20 tahun aku beraya dgn sapa ek? sekarang ni aku tak beli kuih sgt pun sbb kami berdua jek. paling2 pun seminggu raya tu ada la sedara mara dtg. pastu? entah2 lagi 20 tahun pun aku still beli kuih ala kadar..nanti dah tua2 org lain dok senyum2 nak raya tunggu anak menantu balik kg..aku duk la depan tv...

tak semena2 berlinang lak ayer mata ku ini..echeh..tu dia....feeling dah mari....ni yg aku lemah ni.

Wahai Tuhan yang Maha Mengasihani, 
Tuhan yang Maha Mengerti,
Jauhkanlah hati kami daripada kesunyian begini,
Teguhkanlah iman kami,
Berilah kami kekuatan menghadapi ujian-Mu,
Limpahilah kami dengan kasih sayang,
Hindarilah kami daripada perasaan berjauh hati dari Rahmat-Mu.

Friday, June 15, 2012

a loss is a loss.

a loss is a loss. big or small. especially if it matters and close to our hearts.

my friend lost her husband today. both of them are my juniors in uni. both of them are kind, sweet people. i can only imagine her pain and her sadness. al-Fatihah to arwah Mohd Fahmi Abd Aziz.they were not that close to me but i really like them. and they make a very adorable couple. i felt sadness but i couldnt cry. i dont know why.

a loss is a loss. may Allah bless the one leaving and especially those left behind...please bless them with
Your compassion and mercy so that they are strong to endure this trying time..

when i kick the bucket, i hope people will remember me. so now i think it is befitting to apologize to anything bad and wrongdoings i have ever done towards you. it is never too early to say sorry...in case i dont get the chance to.

Tuesday, December 13, 2011

again?

"lagi 6 bulan, kita dapat la anak sedara nombor lima,"

oh, f$%^! 


Again? 


memang bahagian aku dah dibagi pd org lain agaknya, ek?


so skang nak kena la standby utk goo gaa gaa to another baby la? 


DAMN!


This is unfair!


tetiba aku menyesal lak beli rumah kat kg. apasal la aku tak duduk Timbuktu jek... 


ARGHHHHHHHHHHHH!



Saturday, August 27, 2011

selamat hari raya semua.

sebenarnya tak nak sambut raya pun. tahun ni betul2 takde mood. partner lak demam time nak raya ni, jadi semua benda aku buat sorang. buat la kuih raya sdr utk menikkan semangat dan mood raya. ada asik ipar stay kat sini pun tak boleh harap. aku bukan jenis manusia yang berkira makan pakai. apa aku makan kau makan la. kau takde duit aku tanggung. tapi kalau pinggan pun basuh sendiri punya, kain sebakul menunggu utk disidai tapi pilih kau punya aje...sapa tak bengang. dah la sepanjang puasa ni nak sahur tinggal tunggu kejut je. kau ingat ni rumah sewa bujang kau masa kau belajar ke? kau kau, aku aku? penat tau tak. menjaga korg dua beradik...aku dah rasa mcm orang gaji kat rumah ni. padan la mak korg nagis2 setiap kali malam raya..

dalam pada memendam rasa, bleh la plak partner siap2 pki baju nak gi klinik..kuar plak statement "kalau nak harapkan awak hantar saya gi klinik mmg tak sampai la." waaaaaaaa......nak menitik air mata aku. aku dah satu pagi mengemas rumah takde org tolong, ada kau kisah? penat la.....jgn la ckp mcm ni.

aku betul2 hlang minat nak raya. boleh tak aku lari raya sorg2 kat tpt lain........ dpd org tak appreciate apa aku buat, lebih baik aku jumpa org lain yg tak kenal aku..jadi dia tak perlu appreciate aku.

Saturday, August 20, 2011

jangan beri aku harapan jika ia hanya untuk mengecewakan.


Thursday, February 17, 2011

aduhai...kenapa la diduga mcm ni???? tak tertanggung rasanya. kenapa di ambik tempat mengadu aku..kat sapa lagi aku nk bercerita??? sapa aje yg paham situasi aku klu bukan dia. itu pun nak diambik dpd aku???

tak adil. sungguh tak adil..............................................................................

Tuesday, February 8, 2011



buah hati.

pengarang jantung.

batu tanda.

saya ada mereka.

saya tak punya apa-apa.

Saturday, January 1, 2011


here i am watching "the pursuit of happyness". in the afternoon of new year. is it inspiring? is it depressing? i dunno. rite now a bit heartbreaking and i am in tears. who wouldn't be? a black man demoted of his salesman job, wife leaving, kicked out of home, living in a motel, started back as an intern, very limited fund of money, kicked out of the motel, living in a subway toilet and support a son. you know how they say it, when it rains it pours. i dont know how the story ends, but like any inspirational story it will end well.

makes me think hard. if i am in deep shit, there will be people in deeper shit. how do they manage?? what do i do in my pursuit of happiness? what is the happiness i am looking for? money? wealth? recognition? got me really, really thinking.

we can never be too careful. nor too satisfy. i have 364 days left in 2011 to make things happen. i will not listen to others anymore. i plan my own life. if i fall, no one will pick me up. i'll stand up by myself. if i hurt, no one will see my tears. because i am tired. sure, i will play by the rules, but heck... will not play it like a fool.

i hope for a better future. 2010 was okay, and i pray for easy-on-the-heart 2011 if not better.
told you this will smith's story is depressing.

Thursday, November 4, 2010

di mana aku?

Baru selesai melayari Saifulislam. terbaca artikel mengenai saudara baru. antara ayat yang tiba2 menusuk di kalbu

    "apakah kamu sudah bersedia kembali kepada fitrah?"

fitrah. adakah aku benar2 berada dlm fitrahku? fitrah manusia makan, minum, membesar, bayi menjadi kanak-kanak kemudian remaja dan dewasa, bekerja, melunaskan keperluan zahir, menacari kepuasan batin, beragama.  sejauh mana telah aku betul2 penuhi fitrah diri sendiri?

aku manusia biasa. suami yang bergelar ustaz, bukan aku. tak boleh melanggar batas2 etika dan agama (mcm la klu bukan isteri ustaz boleh langgar) tapi tak bermakna aku mesti berupa seperti mereka yg segelaran dgnku. aku lemah. kadangkala culas menjalankan tanggungjawab....solat, tugas as isteri, sedekah, ehsan....mcm2 yang terlepas. jadi sebenarnya aku ni sudah menjalani fitrah ke? kenapa perlu ada rasa seperti berhutang dang dihutangi? can we actually keep score with God? klu ada perasaan begitu adakah kita ni sesat? 

sorry, post kali ni berbau personal. sejak kebelakangan ni kurang rasa tenang. maybe ada hutang yang belum langsai dgn Allah. maybe perlu keluar dpd hutan batu ni. maybe perlu buat satu U-turn. doakan saya mendapat jawapan yang dicari. 


Monday, October 4, 2010

Insya-Allah

Insya-Allah...
dengan izin Allah...
God willing..



saat perjalanan di rintang masalah
kala diri dihambat resah
jika akal merasa gundah

belajarlah meletak takdir di tangan-Nya
tunduklah hati yang megah
runtuhlah dinding ego
sujud pada Qadak dan Qadar
iringkan usaha dengan doa

kerana Dia mendengar
kerana Dia mengetahui
kerana Dia melihat
dan kerana Dia menguji

Insya-Allah...jalan akan dipermudahkan
Insya-Allah...beban akan diringankan
Insya-Allah...doa akan dimakbulkan

Friday, August 13, 2010

rezeki ramadan

one of my very dear friends akan bersalin. tgh tunggu hari je. adik ipar saya plak tgh mabuk2. inilah namanya rezeki ramadan. rezeki org.... rezeki saya? maybe setakat ni hanya cukup makan pakai n tak terbeban dgn hutang melampau (keta tu hutang kan?). setakat ni sihat-sihat aje. tak de sakit2 berat (sihat ke? klu sihat mana generasi keduanya...). boleh bernafas. boleh mengajar walau kekadang rasa mcm nak surrender...maklumla, saya tak mcm kwn lain yg cemerlang. sya baru nak bertatih mengajar yr 6. Alhamdulillah.

but then..suma org pun merasa rezeki yg sama. tiada bezanya. saya nak yg satu tu..tapi belum kesampaian. tahun ni syawal yg tak berapa best agaknya...kerana terpaksa beraya dgn org yg berbadan dua, kerana terpaksa beraya melawat org dlm pantang, kerana terpaksa hadir majlis berbuka dgn  org2 yg sentiasa ada benda baru utk diceritakan. mungkin tahun ini saya akan beraya dlm gua saja. tak yah jumpa org, takyah susah hati.

saya belajar utk redha...tapi org lain yg tak belajar redha dgn keadaan saya.

Friday, June 25, 2010

...

pernah tak rasa mcm kita dah mencapai sesuatu yg tinggi tapi tetiba kita jatuh?
atau mcm dah nak sampai ke destinasi tapi rupanya kita mengundur?
atau mcm dah nak grad to rupanya kantol satu paper lagi?
atau mcm dah genggam bintang tapi rupanya kelip-kelip?
so close yet so far?
aku pernah. in fact, tiap2 bulan.
dan aku dah mula bosan.
dan aku tak tau kalau ia berbaloi.
atau maybe tak la seindah yang digambarkan.