Showing posts with label lesson 101. Show all posts
Showing posts with label lesson 101. Show all posts

Saturday, September 1, 2012

syyyy...rahsia...

Setelah 8 tahun bersama suami, memang bukan rahsia yg kami belum ada zuriat lagi..mcm2 jawapan aku dah bagi kpd org bertanya. Ada tu bunyinya marah, ada nada sedih, ada laser balik. Tapi setelah 8 tahun akhirnya aku temui jawapan yg paling tepat utk org berhenti dpd mengorek kepedihan kami. Lepas ni, kalau ada og tanya hanya ini yang akan aku jawab.

"Jodoh, ajal, anak, rezeki..semuanya rahsia Allah. Dia aje yang tahu bila, bagaimana dan berapa byk Dia nak bagi. Macamana sy nak jawab soalan rahsia yg saya pun tak tahu. Soal siapa yg mandul ke, masalah ke, sakit ke...itu pun rahsia Allah yg hanya kami suami isteri dan doktor yg tahu. Kalau dah namanya rahsia takkan kami nak cerita dgn org pulak kan?"




Monday, August 6, 2012

pecutan terakhir

Salam 2/3 Ramadhan, y'all! Kita ada lg 1/3 bulan mulia nak kejar. How's amalan? As for me..nothing i can be proud of..hehehehe...malu sbb tak byk perubahan dpd last year. come to think of it..klu ini last Ramadhan aku mcmana ek? Kata la aku ini mencari alasan...tp transition dpd bekerja pg ke petang mmg memenatkan. nasib baik la cik abang sporting..kdg2 dia solat terawikh kat umah spy aku dpt jemaah..klu tak, mmg aku buat sdr atau tak buat langsung. Tak senonoh betul! Alhamdulillah ada gak masa luang in between classes to read the Quran...kut tak..sama je la puasa kau dgn puasa budak drjh satu.

Jadi people, dah tinggal hujung2 Ramadhan ni, jom kita catch up mana sempat. jgn sibukkan baju, kasut, handbag, kuih raya... aku dah penat dgr cerita psl raya since 2 bln lepas...dpd tempah bj raya smpi la ke tempah  kuih raya...so dah takde la kan isu untuk persiapan raya. May God bless us all and have a worthy Ramadhan.

Friday, January 13, 2012

kerana dirimu berharga

hari ini terbaca kisah Wardina dirompak. seram ye bila membaca kes rompakan begini. maklum la..zaman org dah takde hati perut ni bukan boleh aci..suma dibalun aje..tak kisah halal haram lagi dah.

tapi yang menyentuh hati aku ialah apabila Wardina menceritakan saat suaminya, Ikhwan mempertahankan agar isterinya tidak disentuh dan dihampiri kerana dia tidak betudung waktu itu. aku andaikan yang Wardina hanya sempat menutup auratnya dengan selimut saja.

Romantik kan? dalam keadaan darurat sebegitu masih sempat suami mempertahankan maruah isterinya. maksud aku, tak perlu menunggu saat untuk dipegang atau diraba atau diusik lagi suami telah meminta isteri jgn dihampiri kerana tidak bertudung. betapa besarnya nilai dan hak aurat isteri kepada suami..jgnkan disentuh, dilihat pun tak boleh.


jadi, bertitik tolak daripada artikel yg dibaca itu...aku berazam dan menanam tekad untuk menjaga aurat sebaik yg boleh, tidak  memakai short sleeves shirt dan yang senagkatan dengannya.  kerana aku terpanggil untuk menyimpan hak suamiku daripada diwenang-wenangnya dilihat org lain. kerana aku dan suami berhak untuk memiliki exclusivity apa yg org lain tak boleh miliki.semoga teguh tekad ini, semoga kita semua begitu...Insya Allah...

Friday, December 9, 2011

tudung=hijab

Apa gaya terkini bertudung? i cant keep up anymore. let just say yg ada awning ala ariani tu sgt praktikal. tinggal sarung aje. utk muka tembam montel bilat ala dinner plate / dinner roll mcm i ni kena la amik awning yg keras skit..so kengkonon tirus la ...huahahahahaha....

ni pki tudung bawal je...tapi sumpah...ni la pic aku paling lawa seumur hidup aku. and yes..i  touched  up skit...hehehehe

aku sukastail ni..tp klu tak kena fabrik..berpeluh. see..berpeluh2 makcik memusing2 tudung..

yg ada awning tu..kan mcm..diulangi..mcm slim la muka tu..NOT!


skang ni plak adik aku kata org aka bebudak muda skang berfesyen ala hana tajima. hana tajima mmg cute..


erm...artis esp najwa latiff selalu pki cam ni..adik aku pki lawa la plak...


students aku yg dah anak2 dara sunti tu pun pki mcm ni...comel la gak....esp klu jenis kulit putih gebu tu..ada gak cikgu yg ke sekolah buat mcm tu. tp aku tgk mcm tak berapa kena la...sbb tudung mcm ni kasual sgt dan klu tak pndi gayakan nmpk sloppy. bak kata laki aku..."macam Megatron..."


megatron...errr...i'll stick to my faithful comfy tudung bawal je la...

Friday, March 4, 2011

lesson no 1

my chubby hand


i've always wanted a silky smooth palm. like of those people i always salam with..the ones when you come into contact with you rough hand make you wonder if that person has ever wash a plate in her life. while mine isnt as rough as a road, it has never been ..licin all these time. thanks to basketball and the endless housechores my mak made me do.

so i went rewang at my hubby's school for maulud nabi. i helped with the pineapple cutting. well, pineapple has a powerful enzyme that can naturally dissolve cells. thus the digestive properties that comes handy during constipation. after about 50 pineapples cleaned. cored and cut into pieces (those were for the paceri). i found my palm as smoth as the baby's bottom. no, smoother than that. i cant keep it away from my face!

then the reality hits the next day. my palm is all red, sore and wrinkly. please dont read my palm and fortune tell it, because i think i just lost the imprints of the fingers! my destiny might have change its course, i might not be able to meet J Depp or Ady Putra. or they might not meet me once and fall head over heel for my wit and humour. (witty la sgt!). seriously...my fingerprints are not as visible as before. though i like the pink, reddish hue on the tips...(mcm anak dara la konon!) i find them quite sensitive and itchy. and they cut easily, too. nasib baik sebelah kiri aje.

maybe thats why my palm are never thin or smooth or silky. because when they are, they hurt. careful what you wish for...lesson learnt the hard way.