Showing posts with label i heart. Show all posts
Showing posts with label i heart. Show all posts

Saturday, August 23, 2014

Selamat kembali MH17

(credit merdeka-online.com)


Selamat kembali MH17
seusai 35 hari di tanah asing
diusik diuji dikaji dicatu
demi secebis bukti asal usulmu

Selamat kembali MH17
ke pangkuan ahli keluarga
meski mereka hanya menyentuh keranda
cukuplah pusara penenang jiwa

Selamat kembali MH17
tanda prihatin sang penguasa
nyata masih kaya sifat mengasihani
dalam hati masih banyak nilai manusia

Selamat kembali MH17
kami terima seadanya kamu
diiring air mata dan doa yang sayu
hilangnya warga angkara orang berhati batu

Selamat kembali MH17
kembali kepada sang Pencipta
Sekian masa kau dipinjamkan oleh-Nya
dengan Rahmat-Nya kau bertemuNya semula

Selamat kembali MH17
namamu terpahat di sejarah luka.

Hazel
22.8.2014
11.59 pm

Tuesday, November 20, 2012

Kuatlah wahai hati!

Dalam pada Ummah seluruh dunia bersatu menentang Zionis dan Israel, aku merasakan post ini agak selfish dan kurang penting berbanding kepentingan penduduk Palestin. Maafkan aku ya Allah..aku bukan melepaskan diri daripada tanggungjawab ku terhadap saudara seagamaku..sekadar beberapa minit untuk melegakan hati.

Yup, went to Terengganu. drove for almost 500km. by myself. tera tak? mcm nak patah pinggang aku. Konvoi 8 kereta dari BP..aku sorg je pompuan yg drive. ala..org pompuan drive..mestila terkedek2 jek. tapi nak membesit kat Jalan Segamat-Kuantan tu apa la maknanya...lori tangki, lori kelapa sawit dan lori kontena berderet. dapat cilok2 potong diaorg pun dah hebat dah aku rasa...hahahaha.

Sesampai je KT pukul 5 pm, terus solat n kuarkan barang. Kuar balik ke bandar KT untuk cari last minute preparation utk adik ipar aku nak jadi pengantin. ada lagi rupanya hantaran yg tak settle. Kakak pengantin org yang last sekali siap. Tak sia2 duduk asrama selama ni..aku bersiap dari mandi ke pakai baju ke bersolek dalam masa 15 minit tepat. (Terima kasih fasa hidup asramaku!)

Waktu nikah tu..aku ada rasa satu perasaan keterharuan sedikit. Walaupun aku ni org luar, aku dah kenal adik ipar aku ni 8 tahun lebih dah. Aku tgk dia daripada zaman dia sekolah menengah smpi keluar U. Dah jadi laki org dah...dan ada jugak tedetik di hati aku..aku kena bersedia untuk mendapat taraf 'menantu kain buruk'. maklum la...isterinya tu daripada keluarga baka baik2...adik-beradik ada 8 org..ada kembar plak tu. Cantik pulak tu. tak setanding la aku ni...tapi aku tetap mendoakan dia dan isteri dikurniakan perkahwinan yang abadi dan cepat dapat anak2. takde la Hj Ishak nanti takde waris katanya...hehehehehe...nak tunggu aku? mau kerepot segala tiub fallopian dan ovum aku belum tentu beranak...hahahahaha!

(pic ni aku curik dpd FB kwn pengantin sbb gmbr diaorg takde pd aku)
Selamat Pengantin baru, bro!

Sunday, September 30, 2012

malas tak hengat!

Assalamualaikum...

aduhai...lama betul tak post. malas rasanya. lagi pun not so much things to tell. same old, same old. raya mcm tu jugak. maybe kurang seronok sbb beraya dalam keadaan hati masih marah2 dgn somebody. too bad aku ni jenis forgive but not forget so rasa ada unfinished business. ok la..let it be. kita tgk perkembangan selanjutnya.

Dan aku suka sangat mengajar Year 1. tu la geng bergaduh, geng nyanyi2, geng borak2, geng main2 kat sekolah. this week full activities utk Hari Sukan so tak dpt nak jumpa diaorg. boring betul sbb mcm makan tak cukup garam bila tak jumpa year 1 tu...esp bdk geng gaduh aku ni..


what else...oh, i did quite a few cakes...hehehehe...walaupun tgh diet tapi nak jugak buat kek... baking is my lifelong obsession. dari aku kecik akan belek dan tenung lama2 apa2 juga resepi yg melibatkan kek dan pastri. makan kek pun adalah satu passion yg no diet can ever make it stop. ramai jugak yg bagi kata2 semangat. terima kasih la sangat2! ni yg buat aku lg rajin nak buat kek ni..ekekekeke...


still need more practice. bukan la nak berjualan sgt pun, lebih kepada nak memuaskan hati sbb sgt bengang dgn kualiti kedai kek kat kampung aku ni..ekekekeke...mana tau nanti dapat buka bakery kan?

Wednesday, August 29, 2012

fuh! fuh! berhabuk betul blog ni eh..sgt lama tak update..eh, ada ke org kisah kan..hahaha...

Well, same old, same old...Raya tiap2 tahun sama je kan..tp kali ni special sbb raya dgn umah sdr!! Yay!


Sempoi je..sbb tak pandai nak hias2 rumah sgt..aku ni mcm org bujang..tak de la nak hias2 dgn bunga ke pasu ke..tp bila tgk umah kosong sgt, nmpk gayanya kena gak la cari bunga ke frame ke..

and i made these two cakes..



hahahah...syok sdr tp puas hati!

Saturday, February 11, 2012

Cikgu saya

1985

aku ada sorg cikgu yg aku paling ingat. sbb dia ni nama dia mula dgn huruf V. mana ada org start nama tu kan? dia cikgu kelas aku dr darjah 1 smpi darjah 3. 3 kuning di SK Pintas Puding. smpi skang dia mengajar kat sklh yg sama. ( dia tak bosan ke?).

2012


kami skang rakan sekerja! HOW COOL IS THAT?????? and yeah, i still call her Cikgu Vatinah instead of Kak Vee.

Friday, November 25, 2011

SK Kg Maju Jaya dlm kenangan




















luka di majidi
sembuh di maju jaya
guru dan murid dekat di hati
setahun bersama rasa mcm dah lama

Saturday, November 12, 2011

nilai sentimental

ada org tanya..kenapa aku sentimental sgt dgn sklh ni? bukan aku berkhidmat bertahun2 pun...br jek 11 bulan.

jawab aku:

benda kalau bermakna dan bernilai serta memberi erti dalam hidup kita tak perlukan sejarah panjang utk jadi sentimental. ia jadi sentimental keranan ia berbekas dalam hati, kerana ia membuka dan menukar paradigma (cheh, bombastik!), kerana kita dah jatuh sayang.

sekolah ni tempat aku mengubat lara bila di buang org. tempat ni mengingatkan aku semula kenapa aku jadi cikgu. tempat ni memberi aku harapan semula kepada sistem pendidikan negara yang makin kucar kacir. tempat ni mengingatkan aku yang semua murid adalah sama...tak kira apa latar belakang dia org....sbb in the end bila diaorg kuar dr sklh dia org perlu tahu apa yang diaorg mahu. dan tempat ni masih ramai pendidik yang memberi sepenuh tenaga, jiwa dan raga utk sekumpulan manusia yang bernama PELAJAR.

mmg aku yang minta tukar...tapi tak sangka la sekejap sgt aku kat sini. Allh memang Maha kaya dan Maha mengetahui. Dia beri apa yang aku perlu (balik kg) dan ambil balik nikmat yang dipinjamkan (sk kg maju jaya). Dia tak mahu aku jd ungrateful dan tamak..mahu semua yang enak2 tp buta hati utk memanfaatkan nikmat tu. Dia takdirkan aku utk berjodoh sementara dgn rakan2 sekerja yang baik2...dan Dia tak beri aku masa panjang di sini supaya tak ada yang bermusuh dgn aku...maklumla sekejap sgt kenal mcmana nak bermusuh kan?

kat sini aku bertemu juga dgn murid2 yang mmg baik2....tak reti berdendam dengan cikgu yg garang tahap sang kelembai ni. apa lagi yang aku mahu? kan ke nikmat namanya tu? mana nak cari murid yang baru belajar dgn aku 11 bulan tapi menangis bersama aku bila tahu aku nak pindah? tak sentimental ke tu?

so...terjawabkah soalan kenapa aku sentimental sgt dengan SK Kg Maju Jaya?

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan sekali lagi

Ramadhan datang lagi.

Syukur masih diberi peluang manghirup udara bulan berkat. baru nak dapat feeling.

Apa yang kau suka tentang Ramadhan? hehehe...harap2 bukan semata2 kerana makanan yg nikmat dan hebat. Aku pulak sukakan waktu berbuka kerana masa tu semua orang berada dalam rumah. takde hiruk pikuk, takde mat rempit, takde org bersepah2 kat tgh jalan. suma duk diam2 makan kat rumah. bukan ke waktu maghrib sepatutnya mcm tu? tenang dan hening.

seperti tahun2 lepas, aku masih lagi memanjatkan doa yang sama. harapan yang sama. walau pun saban tahun rezeki tu tuhan beri kepada org lain dulu. mungkin mereka lebih memerlukan kegembiraan tu berbanding aku.

jadi, berdoalah. panjatkanlah harapan. Dia Maha Mendengar.

Sempena kehadiran penghulu segala bulan ini, lapangkanlah dada kami semua untuk menjalani ibadat. bukakan seluas-luasnya langit rahmat-Mu agar doa kami semua dimakbulkan. berikanlah kami kecekalan untuk berhadapan dgn ujianMu. kuatkanlah semangat kami untuk mempertahankan iman kami daripada godaan dan gangguan. berikanlah kami peluang sepenuhnya untuk menikmati semua keindahan, kenikmatan dan kelazatan Ramadhan kali ini kerana kami tak tahu jika kami akan bertemu lagi bulan agung ini pada masa depan. 


Selamat berpuasa semua!

Tuesday, January 18, 2011

small things

betul la kata orang. dlm kita dok nak mencari bahagia..kekadang benda2 kecik je yg membuatkan kita tersenyum. aku terjumpa gambar lama zaman kat UKM dulu2...syahdu sekejap weh. zaman ni semua org mmg rapat, sgt la rapat smpi ada yg berjodoh...salah sorgnya tu aku la. masa ni, takde gap antara kitaorg...takde jurang ekonomi, takde kerjaya pilitik, takde perbezaan latarbelakang kuarga....yg ada cuma PERSAHABATAN. rindu la zaman muda2 remaja nih...

Friday, December 31, 2010

setahun yg lalu

saya dah....

        

2010, mcm2 yg saya nak. tapi...saya tak mau listkan. sbb nanti ia sekadar list. happy new year, everyone.

Sunday, November 21, 2010

kalau dah takde jodoh

semalam ada unfamiliar number called en hubby. tp dia tak angkat sbb tgn dia masa tu penuh dgn sambal ketam. rupanya tu nombor ada sorg sepupu MIL. katanya pihak hospital ada sorg baby boy baru lahir yg perlukan family baru. and since we're childless (much to our families' concern) he thought we might need one (you actually CAN need a child, eh?). Jadi, sbb kami tak angkat phone, takde ada la baby.

ini lah yg aku selalu pegang. semua kat duni ni berjodoh. jodoh bukan setakat nak kahwin-kahwin aje. nak cari housemate berjodoh, nak dpt anak angkat berjodoh, nak jumpa kwn2 lama tanpa dirancang pun berjodoh. betul tak? klu dah takde jodoh tu, ko rancang la, ko calculate la, ko buat la plan A, B, C...tak berjumpa punya.

tapi, kalau dah Allah suratkan utk cross each other's paths...mmg jumpa punya. yg belum berteman, tetiba aje nak kahwin...dipermudahkan jalan pulak tu. klu dah mmg baby tu awak punya, tak plan nak amik anak pun akan terus jumpa jatuh hati dgn budak yg dimaksudkan. klu dah mmg rumah yg awak berkenan tu berjodoh dgn awak, mahal macamna pun tetap awak jadi ownernya.

so, kalau org tanya saya "kenapa tak amik anak angkat lagi?" atau yg sewaktu dgnnya...my answer senang aje. belum jumpa jodoh dgn baby tu. pas tu siap la...kuar suma ceramah agama aku. for the record, masuk semalam dah ada 2 family yg nak bg anak depa kat aku...tapi hati belum terbuka. dan aku tak nak status anak aku diungkit2 masa akan datang....baik oleh org lain, baik hubby atau aku sdr.

adopted child may not come from the womb of the foster parents, but he comes from the heart.

Tuesday, November 2, 2010

the heart definitely grows fonder


the man of my life is away for the 3 days. *sigh*.... dgn sapa aku nak gaduh ni?




Wednesday, October 20, 2010

sabar...sabar

another milestone achievement in my life. as an adult. as i said before...i'm a late bloomer. other friends have maybe bigger, more expensive, prettier and more than one. but this is mine. everything is berjodoh...termasuk yang ini.

our another first step taken together. may everything else will fall in place naturally, too. rumah besar2 ni takkan nak duduk berdua aje, kan? Makbulkan la doa kami, amiiiiiin.





Tuesday, September 14, 2010

eid mubarak, everyone!!!

Saya, Nur Azlin Mohd Jawahir, dengan segala rendah dirinya memohon ampun atas segala salah silap selama ini. those yg baca blog setahun jagung ni adalah mereka yg dah kenal saya since 13 yo di SMSJ...so byk dosa tu. mintak dihalalkan makan minum, mintak dihalalkan ilmu dan tunjuk ajar. klu ada hutang, sila la claim dgn saya ye. jemput dtg umah 'banglo 4 tingkat' saya di .01-30a, Jalan Mawar 3, Tmn Tampoi Indah II. (Ninie, aku tau ko rajin jenguk butik ariani tu, dh dkt sgt dgn umah aku!!!)

have a blissful Aidilftri, people!

from top: atikah, me, ami, angah

Sunday, September 5, 2010

ramadhan dan usia

rasanya Ramadhan tahun ni lain sgt. tak sure kenapa. tapi aku tak rapek sgt nak sambut raya. "kegembiraan org berpuasa ada dua. semasa berbuka dan semasa menghadap Allah" dulu aku tak faham sgt maknanya tapi tahun ni aku mmg gembira sungguh masa berbuka. bukan kerana haus tahap gaban tapi sbb waktu berbuka adalah waktu yg paling tenang. suma manusia berada dlm rumah utk berbuka. takde hingar bingar budak terjerit2, takde bunyi motor merempit. aman aje. sahur pun mcm tu. Alhamdulillah tahun ni belum pernah miss lagi nak bersahur atau bangun sediakan hidangan sahur. adakah ini tandanya aku dah tua?

bila gi Angsana, aku rasa teramat disturbed dgn pakaian mereka yg serba tak sempurna. aku tak maksudkan mereka yg tak pki tudung atau tak pki baju kurung. i mean those who wears skimpy shirts and even skimpier skirts. mcm tak tau respect bulan Ramadhan, respect org lain and paling penting mcm tak tau respect diri sendiri.

and this Ramadhan i discovered Maher Zain and Sami Yusuf. i am totally mesmerized by their voices. aku yg bukan peminat nasyid ni bleh tersebak dgr suara yg sgt gemersik ni. sejuk je telinga smpi ke hati.

Adakah ini tanda2 aku dah tua? already? anyway, enjoy these two good looking men and even better sounding voice.




Friday, July 30, 2010

hatiku berbunga-bunga



tatkala aku terlupa
kenapa aku pilih dia
tatkala aku alpa
dia ketentuan-Nya

Thursday, July 8, 2010

te quiero, mi amor



ini team saya. ya, rmi kwn2 saya yg frust bila german kalah semi final WC 2010 semalam. but best men win, kan. honestly saya sgt berdebar menunggu game semalam tu. dua hari b4 the big game aku dah makan spain tido spain dah. apa taknya, german beb. have u seen hoe they played???? german presicion, my dear...german precision. just like their superb cars. but the young players have to learn more.

spanish football is a reflection of their lifestyle. famous for their long, leisurely lunch and dinner, that is how they played. passing ball to each other in their own sweet time...tiki tika as they call it (mak aku panggil "otek sana otek sini). each player has to has a high level of skills. and small pass to another, they putting pressure to the opposing team. so hasilnya, team itu akan terikur2 rentak spain. THAT was what happen to germany...nothing to do wit paul si sotong itu.

i was stunned to see germany played to spain's pace. spain's winning boiled down to experience, humble (note: amik ko Klose..ckp bsr sgt) and patience. to my friend Kay....sabarlah sayang.

Wednesday, June 23, 2010

teguran untuk diri

terjumpa videos ni. PEKKK! ada jugak yang sebiji terkena muka sendiri. so, ini adalah peringatan untuk diri sendiri...if you find them very useful, Alhamdulillah. every man and woman is a da'i, kan?


aurat....ye, bini ustaz pun lalai jugak..huhuhuhu!


Pernah buat? hehehehe......


this is a hard one...byk sgt benda cantik2 nak ditengok!


Masya-Allah....malu sendiri plak!


huiiii...bahaya, bahaya!


hidung tinggi, berlagak, sombong, poyo, cas bagus...semoga kita semua tak tergolong dalam kumpulan ini.


we have parents and we will be parents one day.....


DUSHHH!!!! adeh, sebijik lagi kat muka sendiri!!!!!

as i am writing this, ada la pulak 'angel' kat sebelah telinga cakap "Jangan kat blog aje tau...pastu macam gitu jugak"....dush! kapow! slap! amik ko kena lagik!!!!!!

"hehehehe...baik, ustaz... :-)"