Saturday, July 30, 2011

Ramadhan sekali lagi

Ramadhan datang lagi.

Syukur masih diberi peluang manghirup udara bulan berkat. baru nak dapat feeling.

Apa yang kau suka tentang Ramadhan? hehehe...harap2 bukan semata2 kerana makanan yg nikmat dan hebat. Aku pulak sukakan waktu berbuka kerana masa tu semua orang berada dalam rumah. takde hiruk pikuk, takde mat rempit, takde org bersepah2 kat tgh jalan. suma duk diam2 makan kat rumah. bukan ke waktu maghrib sepatutnya mcm tu? tenang dan hening.

seperti tahun2 lepas, aku masih lagi memanjatkan doa yang sama. harapan yang sama. walau pun saban tahun rezeki tu tuhan beri kepada org lain dulu. mungkin mereka lebih memerlukan kegembiraan tu berbanding aku.

jadi, berdoalah. panjatkanlah harapan. Dia Maha Mendengar.

Sempena kehadiran penghulu segala bulan ini, lapangkanlah dada kami semua untuk menjalani ibadat. bukakan seluas-luasnya langit rahmat-Mu agar doa kami semua dimakbulkan. berikanlah kami kecekalan untuk berhadapan dgn ujianMu. kuatkanlah semangat kami untuk mempertahankan iman kami daripada godaan dan gangguan. berikanlah kami peluang sepenuhnya untuk menikmati semua keindahan, kenikmatan dan kelazatan Ramadhan kali ini kerana kami tak tahu jika kami akan bertemu lagi bulan agung ini pada masa depan. 


Selamat berpuasa semua!

No comments:

Post a Comment