hahahahaha...tajuk seram la konon.
saja je....one of my dear students baru saja kehilangan ayah...meninggal dalam tidurnya...walhal baru sehari pulang daripada bercuti bersama keluarga. if you are reading this, please sedekahkan al-Fatihah kepada saudara Abd Rahman. thank you.
ada satu kenangan yang aku takkan lupakan bila sebut nama arwah. 2 tahun lepas, si anak ni (student aku tu la) mmg sangat berbakat dlm sports esp netball. mmg dah ditrain dpd umur 8 tahun utk jadi player netball. nak dijadikan cerita, pleyer netball akan bermain dgn jersi seragam..iaitu skirt dan jersi sleeveless. student aku ni lak cucu kepada imam masjid di majidi, si ayah plak org kuat masjid...jadi takkan la nak dibenarkan anak tu bermain dgn aurat yg terdedah. ye tak? jadi berlakulah pergeseran antara guru2 netball dgn keluarga itu. in the end, student aku td tu tak main la netball utk team johor. nampaknya undang2 sukan lebih penting daripada peluang utk merangkul kejuaraan.
my point...si arwah mmg teguh dgn keputusan utk tidak membenarkan anaknya bermain kecuali jika dia dibenarkan menutup aurat. apabila dia menghembuskan nafas terakhir...aku terfikir dan timbul lah rasa kagum dan terharu. sebagai ayah, si arwah dah menjalankan tanggungjawabnya untuk mempertahankan maruah dan aurat anak perempuannya. walaupun dia dikutuk dan dipandang sebelah mata oleh makcik2 netball tu.
pernahkah kita memikirkan tanggungjawab kita? kita tak dinilai dengan berapa byk anak kita dpt A, berapa byk piala dia dah peroleh. kita akan ditanya mcmana solat anak kita, sahsiahnya, tahukah dia menjaga maruahnya, adakah kita menjaga maruah anak kita? not that mencapai kecemerlangan dunia tu tak penting, tapi pemerhatian aku nmpknya lebih ramai yg mengamuk anak tak buat homework berbanding jika dia tak solat.
insaf aku, beb...walaupun aku tak bernasib baik mcm korang nutuk menimang cahayamata, tapi aku takut kalau aku tak jalankan tanggungjawab tu kalau ditakdirkan ada anak.
No comments:
Post a Comment