Friday, October 28, 2011

selamat berpisah...

Al-Fatihah untuk Allahyarham Cikgu Hamizer Sukor.

tak tergambar rasa terkilan sbb lmbt dpt tahu berita pemergian arwah. aku dah pun di Tg Malim waktu tu. Kalau aku tau....tapi Allah lebih tahu akan setiap yg berlaku. so redha aje la.

Aku x pernah belajar maths dgn dia. tapi dia coach handball aku. Dulu aku bukanlah star pun dalam team handball tu. tapi aku mmg hargai setiap tunjuk ajar dia. bila aku dah jadi cikgu ni, kena pulak sempat pegang team handball...aku guna pakai ilmu yg sempat aku pelajari dpd dia.  Alhamdulillah...ada la sorg yg smpi skang pemain handball team Johor. kerana cikgu Hamizer la aku kenal dunia handball.

Arwah tak pandai marah. senyum aje. stark contrast dgn wife dia..hehehehe...tapi suami isteri tu mmg dekat di hati aku. tadi sempat minta anak murid aku sedekahkan Al-Fatihah pada arwah...rasa mcm nak nangis je masa tu. tapi malu plak dgn budak2 tu. esok2 kalau aku mati, ada ke anak murid aku nak sedekah fatihah kat aku ek?

Cikgu,
Terima kasih atas tunjuk ajar.
Terima kasih kerana menjadi guru yang meninggalkan kesan di hati pelajarnya.
Semoga cikgu ditempatkan di kalangan meraka yang soleh. 


Ya Rabbi,
ringankanlah bebannya di alam sana,
permudahkanlah perjalanannya ke syurga,
terima kasih kerana memberi kami seorang hamba-Mu yang istimewa untuk pinjaman sementara kami.


huuuuuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... :'(

3 comments:

  1. dear, did u know he n the wife no more an entity? i wrote about this in my one of my previous entries in 2008 kot ke 2009. met him at a function. but i bet she still feels the pain of loss too.

    ReplyDelete
  2. hai meh????? i didnt know that!!!! hehehehe.. tapi mana la ada org nak citer mende2 mcm ni kat students kan... no wonder la takde gambar diaorg berdua dlm fb zanariah..

    ReplyDelete
  3. he told me himself when i asked him to send regards to the ex

    ReplyDelete