tapi sedar atau tak dalam reramai manusia sedara mara yg dtg 'rewang' ada beberepa kategori utama yg kita boleh kelaskan mereka ini.
1) the chefs - ni usually akak2 dan makcik2 yg tera dan dihormati akan skil memasak mereka. keperluan memasak selalu dirujuk kpd mereka. dan mereka yg boleh diharap akan dipilih utk menjadi sous chef yakni pembantu chef utk buat kerja rencam seperti ambikkan gula, ambikkan garam, hiriskan daun bawang dan lain2. ini kerana chefs are usually too heavy to carry themselves up and down so they just sit nearby the periuk cooking.
2) the orang kuat - all rounder...runner..the backbone of majlis. usually org yang paling rajin dlm keluarga tu. org kanan tuan rumah atau mak pengantin. ni la yang paling pnat pun sbb selalunya rmi org akan tanya dia utk rujuk mana letak duduk barang atau keperluan majlis.
3) the baby sitter - org yang 'paling' penyayang dengan anaknya. anak akan dikelek dan dipeluk dan ditatang. esp kalau ada anak kecik. walau pun budak tu tak nangis. walaupun budak tu tak demam. walau pun budak tu tak tido. WALAUPUN SEBELUM MAJLIS DIA TAK PERNAH PUN JAGA BUDAK TU SBB SUMANYA MAK DIA YG BUAT.
4) the make up artist - org yang belum majlis belum siap, mak andam belum sampai tapi dia dah full face bermekap. siap buku mata palsu lagi. so dgn keadaan dia yg serba indah tu org mmg takkan suruh dia buat kerja berat. habis la mekap cair. so buat apa? susuk je la cari prospek husband atau lebih afdal lagi mengumpat.
5) the frontman - org yang akan tolong kerja2 yang memerlukan dia layan tetamu khas atau jamu menjamu tetamu atau layan VIP. tolong2 buat hiasan ke...tolong pengantin ke...tapi sgt alah kpd kerja yang basah, panas, berat. busuk atau takde org kenal dia. kalu majlis itu di ibaratkan sebuah rumah, maka org seperti ni adalah peti pos bernombor.
credit http://azid-inspirasi-alam.blogspot.com |
so, anda yang mana satu?
No comments:
Post a Comment