Tuesday, October 30, 2012

sending money (duit hantaran?)

aku baru balik daripada hantar pengantin ke Perak weekend lepas. sepupu hubby. cantik pengantin pompuan tu..

biasa la, org pompuan kan... balik daripada majlis je mcm2 la komentar dan pandangan yang jadi topik. topik wajib : HANTARAN.

A: Berapa hantaran budak tu?
B: RM 8888.88
C: wah..nombor ala ong..ekekekekeke...
B: budak tu lawa.
D: pergh..sekolah setakat tingkatan 2 pun hantaran smpi 8k??? aku yg grad ni pun 6k je...
C: rezeki orang..

Berapa hantaran kau? hahahaha..jgn takut la...aku tak penah tanya benda ni kat kwn2 aku. hatta yang rapat sekalipun. sebab perkara ni sensitif. manusia kan, tinggi dikata jual anak, rendah dikata tak ikut kos kahwin semasa. (adakah perkahwinan itu satu perniagaan?)

tak kisah la berapa pun mak korang letak sebab korang anak diaorg..so sukahati parents korg la nak letak harga berapa. yang penting pada aku pihak lelaki tak merungut (di depan atau di belakang). sebab bila merungut dah jadi tak ikhlas nak kahwin dan..nanti jadi isu berbangkit plak di masa hadapan.

orang pompuan jangan la letak mahal2 kalau bakal pengantin lelaki kerja biasa2 atau baru nak mula kerja. kesian dia...jangan la masuk sekali kos mak andam dalam hantaran tu. pastu tak payah la nak buat paling hebat atau terkini atau tersendiri sangat..awak bukan artis pun. perlu sangat ke bertukar2 baju tu? inai berkeluk2 tu? dulang pinjam dari istana tu? perlu sangat ke? (ops, lupa plak..kahwin seumur hidup sekali..Insya Allah!)

orang lelaki pulak, tak reti2 nak kumpul duit? kurangkan rokok tu..kang makin tensen cari duit makin byk la hisap rokok sebab nak hilangkan tensen tu. mekap kereta ala kadar je, bang. nanti lepas kahwin baru tukar sport rim baru, ok. nak pakai tayar besar tayar traktor pun boleh.

ha,,kan aku dah membebel. tapi kat sini je la. siapa la aku nak mengajar org kan..sendiri pun carca marba.
apa? berapa hantaran aku? Murah jek, kak. ada la 3 bulan gaji cikgu KPLI baru ngajar. ekekekeke..hamba org marhaen, malu nak letak mahal2. Walaupun bapak saya pensyarah...ewah!

tapi ada baiknya jugak hantaran aku tak tinggi. kau imagine la kalau mak aku letak 10k. sekali after 8 years kawin, anak nan hadooo (maknanya takde la tu)...tak berbakul ke org kg mak mertua aku nak mengata aku...harap aje hantaran tinggi, hasil tarak! akak tak sanggup dik oi nak mendengar umpat keji org. Hahahaha..nampak tak hikmahnya?

tapi kalau kau rasa esok2 anak kau tu dapat first class degree ke, Anugerah Dekan ke...berbaloi nak letak 10k or 20k tu terpulang la. anak kau kan. Jangan esok ada yang berbunyi.."boleh buat masak ke Anugerah Dekan tu?"

p/s: perenggan di atas juga adalah petikan daripada forum tak perdana yang benar. 

No comments:

Post a Comment