Kanak- kanak adalah span. Maknanya dia akan serap dgn cepat apa yang dia lihat, dengar, buat, sentuh, rasa dll. Kata bapak aku "mengajar budak mcm tuang air atas pasir. cepat je air tu serap. tapi ajar org tua, macam curah air atas batu. Serapnya tidak, tempias basah sekeliling tempat...senang citer, mantul."
Sebab tu aku kecewa bila ada rakan sekerja a.k.a. cikgu yang suka ambil mudah dengan perjalanan aktiviti yang melibatkan budak2.
Buat sukan, nak lebih kurang sbb malas nak kelola. Buat majlis anugerah kecemerlangan, buat secara internal sebab tade bajet..tak jemput mak bapak. Buat jamuan asal order, asal kenyang. tak kisahla sedap ke tidak.
Aduhai, korang tu cikgu la. kerja kita ni memang la remeh, leceh dan merepek meraban..tapi itulah cikgu. budak kot..mmg la rewel kerja2nya. anak2 korang tu, kuar2 dari perut terus besar pandai berdikari ke?
Mmg la kita tak mampu nak kuarkan duit sendiri byk2 utk semua benda tu, tapi kalau kita tak berkira dgn orang kan ke nanti esok2 orang tak berkira dengan awak? Jamuan akhir tahun buat la semengah sikit..balik2 kata dah tua , dah jemu buat jamuan.
semua yang budak2 buat adalah pengalaman. Biar dia tahu bkn senang nak buat majlis. kena kumpul duit sikit2, then ada bajet buat semampunya..takkan la balik2 mintak rm10 pastu beli KFC snack plate. tgk kelas sebelah, bajet sama tapi ada jajan, ada kek, ada kuih, ada game, ada hadiah. dah habis jamuan, suruh la kemas. kat umah dah ada bibik, takkkan kat kelas nak mem'bibik'kan org lain..kena la ajar rutin harian.
Biarla dia kenal erti penat supaya dia hargai yang setiap titik peluh dia tu perlukan pengorbanan fizikal. Biar la dia kenal erti kemenangan supaya dia tahu seronoknya mencapai ganjaran. Biar la dia kenal erti tewas supaya dia belajar bertabah dan kuat semangat. Biar la dia kenal erti disiplin supaya dia tahu setiap apa pun perkara perlu ada sempadan dan hukum hakam. Biar la dia jadi manusia..bukan lembu yang kau cuma bagi makan supaya senyap dah keluarkan hasil.
Yela..aku tau aku takde anak..so aku takde tanggungan dan boleh spend duit utk budak2 tu. Tapi kau tau ke aku pun paksa diri aku beri sentuhan sendiri pada setiap yang aku beri kepada diaorang? ye sama, aku pun kasi anak murid aku mkn KFC. tapi bukan snack plate..ayam je alat2..sorg seketul je. lain2 aku buat coleslaw, aku order nasi goreng (sbb kuali tak cukup besar hew hew hew!)..ada air, ada buah, ada sayur, ada jajan. Sebab aku nak budak2 tau yang diaorang tu special (walaupun setahun bikin panas hati aku) dan mereka diraikan. semua mkn murah2 je..terpaksa buat sendiri smpi mlm2 buta.
Takde duit takpe cikgu..janji cikgu beri sentuhan cikgu. Garang takpe cikgu..janji cikgu bagitau diaorang apa salah diaorang dan kenapa kau kena garang. Sporting takpe cikgu..bukan menjakan tapi nak berkawan dgn diaorg.
Aku ambik masa 10 tahun untuk belajar benda ni..dan aku harap aku boleh bertahan lagi 20 tahun.
I was a terrible teacher the first 5 years and got better these last five more. Wish me luck!
No comments:
Post a Comment