Thursday, August 26, 2010

macamana aku bleh lupa nih????

21 Ogos 2004.

tarikh kami disatukan secara sah sebagai suami isteri. gambar? hehehehehe...aku dgn dgn rocknya tak amik jurugambar pun. in fact masa tu aku yg pegang kamera so aku bleh bergambar dgn sesapa aje yg aku nak. mmg agak candid la dgn muka2 comot by the end of the day. kenapa ek aku tak amik jurugambar? erm..sebab :

1) takde bajet sgt....
2) tak suka amik gambar posing2 ala2 manja dpn org yg aku tak kenal
3) aku rasa stupid bila kena posing peluk2 ke, cium2 ke, buat2 muka romantik ke...
4) aku nak amik gmbar sdr....

tapi takdela menyesal, ok gak..sbb aku dpt jumpa kengkawan n sedara mara yg datang. bak kata mak aku, takde la pengantin syok sendiri bergambar. tapi aku suka plak tgk gambar kawin org lain. cantik2 sumanya...mmg fotogenik la kwn2 aku tu. aku je yg tak tergamak nak bergambar...jakun. heheheh

selalunya, org pompuan la yg sibuk2 nak celebrate anniversary kan. aku pun selalu mcm tu. msk tahun ke 3,4 perkahwinan dah malas dah. apa je la yg nak dicelebrate? balik2 aku tgk muka dia, dia tgk muka aku. klu dimasukkan tahun bercinta adala dah tgk muka masing lebih kurang 11 tahun. bukan bertambah ahli kuarga pun...jadi tak ada la ayat "perkahwinan yg diceriakan dengan cahaya mata" or "hubungan yg dieratkan dgn kehadiran zuriat" watsoever. paling2 pun aku masak la best2 skit...ke gi mkn2 tpt best skit ke... dia? hmmph..klu wish pun dah cukup bagus dah. agaknya klu bg hadiah bleh buat pulut kuning. hehehehe.

habis tu, macamana plak aku bleh lupa terus anniversary tahun ni??????? dia plak yg ingatkan aku..skit punya bangga la. (eleh, itu pun a day after br ingat). selamat duit aku nak beli hadiah....hehehehehe. apa pun, terlintas gak kat hati aku supaya jodoh dipanjangkan smpi ke syurga.

(pic courtesy of poshlifeposhstyle.com)

2 comments:

  1. ni mesti sibuk pk lain smpi terlupe, hehe..

    anyway, hepi anniversary... smoga kekal ke akhir hayat.. :)

    ReplyDelete
  2. ye semoga sampai syurga :)
    beb, xyahla pessimistic sgt bab blm bertambah ahli keluarga..yg penting korang happy.
    happy anniversary!

    ReplyDelete