Sunday, May 27, 2012

kecintaan

Ada apa dengan cinta?
sesuatu yg tidak akan Tuhan tanya.
bukan cinta itu yang Dia mahu tahu.
Tapi kebertanggungjawaban yg datang bersama cinta itu.
Berapa sen sangatlah nilai cinta
jika syariat tidak kita jaga.
jika tidak berserta niat demi kerana-Nya.
Disebalik setiap perbuatan dan kerja
jika kita tidak tahu niat dan sebabnya
buanglah rasa hina dan cerca
bukalah hati untuk perkara lebih murni
mungkin untuk menyelamatkan akidah barangkali?
Ya, aku memang sedang bercinta
sejak dahulu hingga kini aku dilamun cinta
namun cinta itu tak membuat aku buta
kemanusiaan, empati, simpati
memberi aku jati diri
dan membuatkan cinta dalam diriku lebih bererti.

No comments:

Post a Comment