Sunday, March 17, 2013

Kelebihan wanita mengandung

Kalau Kaki FB, kau akan sering jumpa page yang byk memberi panduan, nasihat, kata2 motivasi utk wanita2 hamil.

Aku bagi contoh yg aku dapat kat blog yg bersepah2 kat alam maya ni



9 kelebihan ibu mengandung

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat


tak...tak dengki...jeles aje....

kenapa plak nak jeles? sebab...bila tiap2 hari org tepek benda mcm ni kat mana2 di mana2 jua, aku rasa jeles sebab wanita2 mengandung seeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeenang sangat nak masuk syurga. rasa mcm aku tak cukup kuota plak nak dapat pas masuk syurga tu. Terima kasih la sebab bagitau aku yg og mcm aku ni kurang sikit, susah sikit nak dpt pahala lebih...i'll work harder to up my amal ibadat.




No comments:

Post a Comment