Friday, March 30, 2012

hiccups

last week masa gi jumpa doc, she asked me to come for the next appointment on second day. so asked "2nd day of period or after period?" she said "after period". asked again twicw and she still said after period.

so being curious and as far as i am concern, i googled  the IUI procedures. apparently i need to have my med on the 2nd day of period. Shit!! i miss it by two days already. so td call O&G, kena bebel la kat nurse psl kena dtg awal patutnya. bangkai betul la....

i am quite superstitious..so i am very worried if this is just a bad sign of tings to come or what.. belum apa2 dah tak betul. this is bad..very bad..

Monday, March 26, 2012

our journey to become parents

aritu ke JB untuk appointment. actually tertinggal previous appointment sbb masa tu result UPSR keluar. mmg takleh lari dah..so mcm biasa kan kat govt. hospital...it took ages to get another appointment. set bulan 11 dpt bulan 3. lama kan?

so after scan...(hehehehe...they had to insert the camera into my va-jay-jay.. rasa kelakar plak) i was given green light to proceed to the next phase.

IUI.

wooohoooo...aku rasa nak terkencing ada, nak joget2 pun ada. bila google procedures IUI mcm cuak lak. serius...berdebar2...not good...we are supposed to be calm.

luckily my doc were nice. Dr. Erlynda...cheerful person. kalau tak dia, Dr. Siti Muslihat...aku tak tipu, mmg nama dia klasik mcm tu. orgnya serius tp setakat dah jumpa beberapa kali boleh tahan lemah lembut. in a good way. tried to transfer my case to BP but the there's no fertility unit here..kena la ulang alik ke jb.

if you are reading this, please pray for us. we need this badly because we have become unpatient enough lately trying not to punch people's faces everytime the issue come up. and i truly believe it is non of their business to know whether we have done this, done that... we dont even try explain in details to our parents.
and to be bombarded with pregnancy -up-to-the-minute development and every milestones of that child in FB and tweeter, the burden seems unbearable. but we have no right to ask the happy parents to stop rubbing it our face right?

again...please spare a few seconds of your time to pray for us. thanks.

Sunday, March 18, 2012

first cake

first time buat full size kek. Red Velvet utk kak esah. her baby's first besday. aku kata order la choc cake, kan bdk2 suka choc. apa dia jawab.."ala budak setahun apa la dia tahu sedap ke tak..tekak aku ni yg nak mkn.." sempoi ko kak...


okay, okay...korg dah selalu tgk kek lagi canggih manggih kan...tp ni kan first time aku buat kek..ekekeke..kasik can la...

menggelabah sbb ptg tu cuaca panas, tak hujan dah dua hari, so creamcheese cepat cair. pastu the fruits kept sliding off the cake. sabar je lah. mmg buat lg 2 jam nak deliver, sbb taknak simpan lama2 dlm my unreliable fridge.

alhamdulillah..kak esah suka! yay!

not bad for first timer kan?  (hidup mesti perasan...)

Thursday, March 15, 2012

bukan gua

aku bukan hidup dalam gua. tak ada cahaya, sendiri dan tak perlu org luar bergaul dgn saya. begitu juga engkau.

sebab itu Allah jadikan keluarga dan kawan2 daripada berbilang bangsa. untuk bergaul dan bertukar pendapat. tapi bukan bermakna kita kena jadi hamba pendapat diaorg. hamba pendapat itu ialah apabila kita terlalu concern dgn apa kata org sekeliling sampaikan kita sendiri tak ada keberanian untuk menegakkan pendapat sendiri. pernah dengar istilah "fashion victim"? aku rasa golongan fashion victim ini adalah hamba kepada pendapat 'cendiakawan fesyen' yg dictate apa yg trendy dan apa yg out dated. Apabila terlalu concern dgn pendapat semasa ini maka jadilah situasi dimana akak2 kita berfesyen yg bukan2 tak sesuai agama dan majlis.

tapi hati2..sbb bila kau jadi terlalu opinionated pun, kau akan jd egocentric. bahawa sanya kau la h yg benar... org lain suma kaku, suma kolot, suma berfikiran ketinggalan. berbalik kepada di atas. disebabkan kita hidup bersosial lah kita kena jugak dengar pendapat org lain. kadang2 bila kita terlalu taksub dgn ilmu seciput dalam dada kita rasakan org lain salah dan terlalu berburuk sanngka. kena ingat bahawa setiap apa yg kita buat adalah berpagarkan syariat dan undang2. ye, mungkin betul kau berniat baik, idea kau tip top, kau cemerlang bla bla bla. "NIAT TAK MENGHALALKAN CARA". bila apa yg kau buat mengikut hati kau, tanpa mengira hati org tersayang...kau rasa bila dibangkang adalah fitnah terhadap kau. harus kau ingat yg adalah tanggungjawab kita untuk menglakkan diri daripada difitnah. jauhi diri daripada memberi peluang untuk difitnah. luaskan lingkup sosial kita dan baru kau tahu bahawa apabila kita dihujani fitnah dan tanggapan negatif, kita sebenarnya perlu stop sejenak dan nilai semula jika tindakan kau itu salah atau benar.

dan aku adalah org yang acapkali perlu berhenti dan berfikir kerana sikap impulsif aku selalu memberi makna salah. aku hanya pertahankan hak aku dan pada masa yang sama perlu menjaga hati ramai pihak agar tidak disalahertikan. halangan aku adalah kerana aku hidup di kelompok kelurga yg besar. dan aku harap kau juga menjaga hati aku kerana aku tak tahu jika pengorbanan aku itu akan kau hargai.

Tuesday, March 6, 2012

really?

it's early in the morning. spending mindless hours in front of the laptop. duh....takde keja or byk keja dah di'automated'kan? btw, came across this sick article about some dumb artis n anak org kaya.

really?

menampar org on the 3rd day of marriage?

run away during honeymoon? to bangkok? for fun?

after all the hoopla surrounding their grand wedding and more antah berantah about their nasty separation, we are now reading the teeny weeny fine details about the divorce proceeding?

kesian.

and all they are left between them with is a.........................................................BABY.

really?

a baby?

untungnya badan.

Thursday, March 1, 2012

the big deal with Erykah Badu

So everyone knew about the concert cancellation. and the reason it is cancelled. no, i am not going to post her pic..you can google it.

aku tak la fan sgt dgn dia ni..aku cuma tau dia ni is considered hebat and otai kut kat dunia muzik. so bila dikhabarkan berita dia akan perform kat msia of course la warga 'industri seni Malaysia' dan peminat2 muzik akan beramai2 menonton dia ni. dengan genre soul ke apa tah...kau rasa ramai giler ke tau lagu2 dia? maybe aku la yang kolot tak tau lagu dia..aku cuma tau nama dia.

yang aku kesalkan ialah berapa ramai manusia yang mencerca tindakan pembatalan konsert tu. kau tak caya? tgk la link ni. sinis dan macam tak berfikir jauh. mostly sbb mereka rasa alasan bertatu itu terlalu dangkal. Baki Zainal (who the heck is this guy? i only knew him as one of the host on 8tv) said "we r easily insulted" and "kalau sbb tatu maka rmi la artis takleh cari makan kat msia ni"..well, dia tweet byk sgt so aku try to summarize tweets dia tu.

and i think...

1) ya, klu alasan bertatu itu menyebabkan si biduanita soul itu di banned maka mmg dangkal. tapi miss Badu bukan sekadar bertatu tetapi bertatu nama Allah. walau pun temporary. maybe other religion can compromise the fact that their religous and spiritual believe can be the butt of jokes..but not Islam. klu sbb bertatu tu la takleh perform kat msia, maka dah lama dah artis oversea tak dtg sini. come on la...jgn la betrolak ansur psl agama walaupun kita tak ni tak dikira alim dan warak. agama kau tu..if u dont respect your own belief, then who will? kalau nak diikutkan, tak perlu pun konsert tu diadakan kat sini.

2) the singer herself only said " i deserve it". tuan empunya diri pun boleh cool awat la peminat lak yg marah kan? rilek la... If you really knew Erykah Badu, then you must have known all her controversial antics di US. whatever she does, she is all aware of all the consequences.

3) kalau betul la apa yg dikata Baki Zainal, then betul la rumours pasal ramai artis kita bertatu? hehehehe...sila cari sdr la sapa celebrity (celebrity la sangat yg bertatu).

4) akupun tak nafi la..kdg2 lembaga penapisan dan kementerian bertanggungjawab kat msia ni mcm melatah. aku rasa semua kontroversi ni dpt di elak jika diaorg buat homework dulu sapa erykah ni..bukan dah bg pass and then cancel. again, she no stranger in controversials issues due tu her forthrightness..so klu pihak berkuasa buat homework,this will not happen. agaknya Lady Gaga dpt perform tak kat msia? ekekekeke)

no offence...kita semua ada idea dan buah fikiran masing2..tp berhati2 jgn smpi melanggar 3 ikatan syahadah kita pada Allah iaitu syahadah di lidah, syahadah di hati dan syahadah di perbuatan.

Peace, ya'll!

Friday, February 24, 2012

my first order!

ari tu mak suruh buat ni..

red velvet yg tak berapa red sbb food coloring  'wes entek'

untuk bff dia, GPK 1 sklh aku sbb nk celebrate birthday org tu. sbb ada lebih dlm beberapa cwn aku bwk la buat jamah kwn2 semeja aku..rupanya masing2 pegi roundkan satu bilik guru.  dpt la msg2 rasa sorg sesudu dua.

tup tup..ada la plak sorg akak ni nk order dgn aku kek ni. tp x nak version cupcake, dia nak full size punya. alamak..aku ckp la aku tak penah buat kek saiz biasa tp dia kat dia nak jugak sbb kek ni sedap. dia tak penah rasa red velvet....maklum la, kat pt raja mana la ada kedai kek canggih manggih mcm kat bndr besar kan...siap bg semangat lg....'boleh la lin..akak suka sgt kek ni...try buat dulu..decorate simple2 pun takpe'..

so aku kata Insya-Allah je la. walhal dlm hati sudah berbunga2 gembira nak try sumthing new. ye la kan, mana tau ada rezeki bleh jd side income kan..ekekekekeke...

wish me luck, people...Chaiyok Lin!!!

Saturday, February 11, 2012

Cikgu saya

1985

aku ada sorg cikgu yg aku paling ingat. sbb dia ni nama dia mula dgn huruf V. mana ada org start nama tu kan? dia cikgu kelas aku dr darjah 1 smpi darjah 3. 3 kuning di SK Pintas Puding. smpi skang dia mengajar kat sklh yg sama. ( dia tak bosan ke?).

2012


kami skang rakan sekerja! HOW COOL IS THAT?????? and yeah, i still call her Cikgu Vatinah instead of Kak Vee.

Sunday, January 29, 2012

kek cawan

mocha cupcakes with caramel n oreo buttercream

Happy Birthday, abah! 

(walaupun the cakes are requested by org2 yg nak balik ke sarang masing2)



Friday, January 20, 2012

soalan maut kpd suami: ingat tak hari ni hari apa?

hari ni WHI kat tv3 membincangkan isu rumahtangga yg sering kali jd bahan utk para isteri meajuk. apa lagi...kes tak ingat anniversary atau besday la. isu 'berat' tu...so ramai la wanita2 menelepon meluahkan rasa rajuk yg suaminya tak ingat anniversary.

ini sekadar pendapat aku la ye...kalau ko rs byk buruk dpd baik ko amalkan. kut ko rs aku ni xde perasaan jgn ikut..anggaplah aku ni salah jantina..ekekekekeke.

ye, aku penah la merajuk sbb laki aku yg terchenta tu lupa anniversary. mula2 tu pujuk..tp dah msk 3 thn merajuk dia buat derk aje. pastu aku pun malas la nak merajuk2 lg. aku sorg2 je celebrate beli hadiah, masak bagai...dia mcm tu gak. toya jek...

so, penghabisannya aku decide malas la nak celebrate2. lg pun mcm kat entry ni atau ini....aku rs takde keperluan sgt la untuk aku nak ingat dan nak celebrate dan nak merajuk sbb laki lupa dan nak pujuk memujuk semata2 kerana tarikh yg satu ni. nooo...i am not heartless, i am hopelessly romantic actually...tp skang dah kureng skit. maklum la dah tua2 ni lebih realistik agaknya.

dan aku rs pendekatan lelaki utk kurg ingat hari2 atau tarikh2 keramat tu menyebabkan hidup para lelaki kat bumi ni lebih aman dan damai, kurang stress. agaknya la. dan aku pun rs nak hidup kurang stress, spy pjg umur...maka aku cuba2 la tak nak mengisah sgt dgn tarikh2 keramat kecuali tarikh roadtax, lesen, credit card dll expired.

obviously klu ko rs tarikh tu penting, go ahead..celebrate lah..good for both of you. dan kalau hubby korg sertakan tarikh tu dgn jambangan bunga sebesar kereta, kereta, cincn berlian berkarat2 atau handbag harga sebulan gaji korg...lagi bagus. klu setakat kerja gomen cabuk mcm ktorg berdua ni, takyah la mengharapkan beg LV ori atau bunga sejambak RM100 atau dinner kat hotel. kesian laki tu..dah la bersusahpayah nak ingat (simpan dlm BB atau PC) kena plak bg hadiah (salah hemat hadiah tu korg tak berkenan). pastu korg lak yg bersusahpayah nak merajuk. ekekekekeke...!

ingat...jgn tiru mcm aku klu korg rs aku ni hati kaudu!

Friday, January 13, 2012

kerana dirimu berharga

hari ini terbaca kisah Wardina dirompak. seram ye bila membaca kes rompakan begini. maklum la..zaman org dah takde hati perut ni bukan boleh aci..suma dibalun aje..tak kisah halal haram lagi dah.

tapi yang menyentuh hati aku ialah apabila Wardina menceritakan saat suaminya, Ikhwan mempertahankan agar isterinya tidak disentuh dan dihampiri kerana dia tidak betudung waktu itu. aku andaikan yang Wardina hanya sempat menutup auratnya dengan selimut saja.

Romantik kan? dalam keadaan darurat sebegitu masih sempat suami mempertahankan maruah isterinya. maksud aku, tak perlu menunggu saat untuk dipegang atau diraba atau diusik lagi suami telah meminta isteri jgn dihampiri kerana tidak bertudung. betapa besarnya nilai dan hak aurat isteri kepada suami..jgnkan disentuh, dilihat pun tak boleh.


jadi, bertitik tolak daripada artikel yg dibaca itu...aku berazam dan menanam tekad untuk menjaga aurat sebaik yg boleh, tidak  memakai short sleeves shirt dan yang senagkatan dengannya.  kerana aku terpanggil untuk menyimpan hak suamiku daripada diwenang-wenangnya dilihat org lain. kerana aku dan suami berhak untuk memiliki exclusivity apa yg org lain tak boleh miliki.semoga teguh tekad ini, semoga kita semua begitu...Insya Allah...

Tuesday, January 10, 2012

dalam lelah
sewajarnya aku bersyukur
kerana lelahku bermakna aku sedang mencari rezeki
kerana lelahku bermakna aku tidak mengambil enteng masa depan mereka
kerana lelahku bermakna aku sedang menggunakan tenaga

jadi sewajarnya aku bersyukur
dan berdoa kukuh imanku untuk tidak tersungkur

Tuesday, January 3, 2012

sibuknya...

benn very busy lately.... doing these






so far..hasilnya ini...




can't wait to be the queen of mi casa!!

Thursday, December 22, 2011

raksasa bermata hijau

(green-eyed monster..maknanya org yg jeles. tak caya tgk sini)

aku adalah raksasa bermata hijau kerana aku selalu jeles.

jeles dgn org yg pakai jeans saiz 28...

jeles dgn org yg ada anak..

jeles dgn org yg ada keta idamanku..bmwz4, celica, audi...bla..bla..bla...

jeles dgn org kurus...

jeles dgn org cantik...

jeles dgn org dpt APC...

jeles dgn org gaji besar...

jeles dgn org ada bibik..

heeeee...i am such a b!%$&...

oleh itu: azam tahun 2012 ialah untuk jadi lebih grateful.


Friday, December 16, 2011

nasi beriani abah...bukan abahku...

Apalah orang Johor tanpa nasi brianinya? walaupun aku ni berdarah tulen Johor Jawa, tapi takla gila sgt nasi beriani. bukan apa...berempah sgt. senang citer, kalau ada aku makan. kalu takde, aku tak cari. tapi cik abg i mmg peminat nasi beriani. apahal tah..padahal kalau yg tak kena perut, mmg la kena buang2 air.

so hari ni dia sudah heret aku ke Nasi Beriani Abah kat BBU. er...yg area opposite Perodua Service Centre. near a bank tu. sorry la...tak ingat la bank apa. kedai dia warna oren. so hubby ordered beriani kambing, i pny beriani puyuh masak merah.

firstly...sorry sbb lupa nak amik gmbr b4 mkn sbb dah lapar sgt. hehehehe....


bila tgk je warna merah kuah dia..dah terdetik dah.."mcm lada kisar dia tak masak jek"...bila dah rasa...mmg sahih! lada tak masak. tapi manis dia ok dah..cuma tu la..rasa lada tak masak.


one thing baout him is..dia SUKA kambing. so sedap ke tak..dia sapu licin. dah sendawa baru komen. tp aku rasa kuah beriani ni...ok la..cuma terlebih rasa kayu manis n cengkih. mcm rasa2 pedar kat lidah. err..pedar tu mcm ko rs....mkn something and rasa mcm slightly numb kat lidah...eh, ko jilat la kayu manis ke cengkih ke..pastu rasa apa kat lidah tu afterwards tu la pedar.

masakan..aku bagi 3.5 star out of 5..hehehehehe...(komen mcm pndi msk!)

Apa pendapat En Hubby?

saya suka jek!
decoration kedai? ala2 moroccan gitu..siap patung unta bagai...boleh la nak kasi sejuk mata memandang..



Tuesday, December 13, 2011

again?

"lagi 6 bulan, kita dapat la anak sedara nombor lima,"

oh, f$%^! 


Again? 


memang bahagian aku dah dibagi pd org lain agaknya, ek?


so skang nak kena la standby utk goo gaa gaa to another baby la? 


DAMN!


This is unfair!


tetiba aku menyesal lak beli rumah kat kg. apasal la aku tak duduk Timbuktu jek... 


ARGHHHHHHHHHHHH!



Friday, December 9, 2011

tudung=hijab

Apa gaya terkini bertudung? i cant keep up anymore. let just say yg ada awning ala ariani tu sgt praktikal. tinggal sarung aje. utk muka tembam montel bilat ala dinner plate / dinner roll mcm i ni kena la amik awning yg keras skit..so kengkonon tirus la ...huahahahahaha....

ni pki tudung bawal je...tapi sumpah...ni la pic aku paling lawa seumur hidup aku. and yes..i  touched  up skit...hehehehe

aku sukastail ni..tp klu tak kena fabrik..berpeluh. see..berpeluh2 makcik memusing2 tudung..

yg ada awning tu..kan mcm..diulangi..mcm slim la muka tu..NOT!


skang ni plak adik aku kata org aka bebudak muda skang berfesyen ala hana tajima. hana tajima mmg cute..


erm...artis esp najwa latiff selalu pki cam ni..adik aku pki lawa la plak...


students aku yg dah anak2 dara sunti tu pun pki mcm ni...comel la gak....esp klu jenis kulit putih gebu tu..ada gak cikgu yg ke sekolah buat mcm tu. tp aku tgk mcm tak berapa kena la...sbb tudung mcm ni kasual sgt dan klu tak pndi gayakan nmpk sloppy. bak kata laki aku..."macam Megatron..."


megatron...errr...i'll stick to my faithful comfy tudung bawal je la...

Tuesday, December 6, 2011

musim kenduri kendara

cuti sekolah. actually cuti ujung tahu aje yg betul2 cuti utk ramai guru..(bkn semua guru ye sbb agak ramai juga guru kategori pengelat under the radar a.k.a skip kerja). seperti biasa org Johor akan sibuk rewang. maksudnya sama2 tolong tuan rumah buat kerja2 pra kenduri, kenduri dan post kenduri. klu diukur dpd KPI keluarha aku rewang tu termasuk la kupas bawang, siang ayam, potong daging, bsuh ayam, basuh daging, blender bawang, basuh bender, masak, MAKAN, basuh pinggan mangkuk periuk belanga, lipat kertas napkin, basuh telur, rebus telur, bla bla bla bla bla...penat.

tapi sedar atau tak dalam reramai manusia sedara mara yg dtg 'rewang' ada beberepa kategori utama yg kita boleh kelaskan mereka ini.

1) the chefs - ni usually akak2 dan makcik2 yg tera dan dihormati akan skil memasak mereka. keperluan memasak selalu dirujuk kpd mereka. dan mereka yg boleh diharap akan dipilih utk menjadi sous chef yakni pembantu chef utk buat kerja rencam seperti ambikkan gula, ambikkan garam, hiriskan daun bawang dan lain2. ini kerana chefs are usually too heavy to carry themselves up and down so they just sit nearby the periuk cooking.

2) the orang kuat - all rounder...runner..the backbone of majlis. usually org yang paling rajin dlm keluarga tu. org kanan tuan rumah atau mak pengantin. ni la yang paling pnat pun sbb selalunya rmi org akan tanya dia utk rujuk mana letak duduk barang atau keperluan majlis.

3) the baby sitter - org yang 'paling' penyayang dengan anaknya. anak akan dikelek dan dipeluk dan ditatang. esp kalau ada anak kecik. walau pun budak tu tak nangis. walaupun budak tu tak demam. walau pun budak tu tak tido. WALAUPUN SEBELUM MAJLIS DIA TAK PERNAH PUN JAGA BUDAK TU SBB SUMANYA MAK DIA YG BUAT. 

4) the make up artist - org yang belum majlis belum siap, mak andam belum sampai tapi dia dah full face bermekap. siap buku mata palsu lagi. so dgn keadaan dia yg serba indah tu org mmg takkan suruh dia buat kerja berat. habis la mekap cair. so buat apa? susuk je la cari prospek husband  atau lebih afdal lagi mengumpat.

5) the frontman - org yang akan tolong kerja2 yang memerlukan dia layan tetamu khas atau jamu menjamu tetamu atau layan VIP. tolong2 buat hiasan ke...tolong pengantin ke...tapi sgt alah kpd kerja yang basah, panas, berat. busuk atau takde org kenal dia. kalu majlis itu di ibaratkan sebuah rumah, maka org seperti ni adalah peti pos bernombor.
credit http://azid-inspirasi-alam.blogspot.com

so, anda yang mana satu?

Friday, November 25, 2011

SK Kg Maju Jaya dlm kenangan




















luka di majidi
sembuh di maju jaya
guru dan murid dekat di hati
setahun bersama rasa mcm dah lama

Wednesday, November 23, 2011

pang pang kopang kopang kopang!!!










My brother-in-law's. Inilah yang dikatakan takde keja cari keja. err...bukan.. Tangguh keja cari keja lain.

tunggu2 approval tak bls pun...aku buat la ikut kepala aku. hope he likes it.