Friday, October 28, 2011

selamat berpisah...

Al-Fatihah untuk Allahyarham Cikgu Hamizer Sukor.

tak tergambar rasa terkilan sbb lmbt dpt tahu berita pemergian arwah. aku dah pun di Tg Malim waktu tu. Kalau aku tau....tapi Allah lebih tahu akan setiap yg berlaku. so redha aje la.

Aku x pernah belajar maths dgn dia. tapi dia coach handball aku. Dulu aku bukanlah star pun dalam team handball tu. tapi aku mmg hargai setiap tunjuk ajar dia. bila aku dah jadi cikgu ni, kena pulak sempat pegang team handball...aku guna pakai ilmu yg sempat aku pelajari dpd dia.  Alhamdulillah...ada la sorg yg smpi skang pemain handball team Johor. kerana cikgu Hamizer la aku kenal dunia handball.

Arwah tak pandai marah. senyum aje. stark contrast dgn wife dia..hehehehe...tapi suami isteri tu mmg dekat di hati aku. tadi sempat minta anak murid aku sedekahkan Al-Fatihah pada arwah...rasa mcm nak nangis je masa tu. tapi malu plak dgn budak2 tu. esok2 kalau aku mati, ada ke anak murid aku nak sedekah fatihah kat aku ek?

Cikgu,
Terima kasih atas tunjuk ajar.
Terima kasih kerana menjadi guru yang meninggalkan kesan di hati pelajarnya.
Semoga cikgu ditempatkan di kalangan meraka yang soleh. 


Ya Rabbi,
ringankanlah bebannya di alam sana,
permudahkanlah perjalanannya ke syurga,
terima kasih kerana memberi kami seorang hamba-Mu yang istimewa untuk pinjaman sementara kami.


huuuuuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... :'(

Friday, October 14, 2011

books! book!

went to the Big Bad Wolf sale! i went nuts... walupun penat giler sbb on friday tu kena gi melaka bawak bdk2 rombongan, tp ku gagahi jua ke serdang on saturday afternoon. sempat plak amik parents kat pt raja. that nite, gi Bagan Lalang for seafood feast. my bro's treat (thanks bday boy!).

the next day, after an early bfast of hearty nasi dagang we went to the venue hoping we would be among the firsts to get into the hall. whoohoooo!!!!!! there were only 10 cars and the shuttles pun blm start lagi. so gediks-ly me sis and i lined up for about 45 minutes...boy, were we patient. i wonder why i am not this penyabar in a traffic jam?


the opened, i was in ecstacy at the sight and smell of tonnes of books...i could die happy there... so after 2 hours and a grumpy husband, i forked out RM360 for books. 

see the one in stripes? he got a coffe table book about english footbal history,
reward for being less grumpy than he  should have been..
(please excuse the unsightly sight of  someone's rearview)

now, to find time to actually read those books.... 




Thursday, September 22, 2011

sueredtag!

ini site kasi hati i berdetup detap. maka saya dengan ini saya berikrar untuk menyimpan duit agar dpt menyambar satu bag Marc Jacob. saya tak peduli jika beg itu season lepas punya...hehehehehe...

En hubby dah sambar satu jam tgn.


ada orang senyum lebar ke sekolah pada satu pagi tu

so, check SueRedTag out!

Thursday, September 15, 2011

pengalaman baru.

Hari ni hari terakhir UPSR. i dont know what to expect. semua ilmu seciput dlm dada dah aku bagi, semua nota dah aku sampaikan...terpulang kepada students aku. dan students kampung ni lain sikit...tak macam kat sekolah lama. selamba aje...sampai aku pun tak boleh agak yg diaorg ni faham ke tak apa aku ajar.

selesai aje paper science....semua turun dgn senyuman di muka. ada sorg dua yang menerpa mcm nak peluk aku.

"Cikgu, section B tu kan semuanya ada dalam topik yg cikgu suruh baca semalam! terima kasih cikgu!"

lega hati aku...tapi topik yg kena..korg jawab mcmana plak?

hai, anak..anak... korg ni buat cikgu tak dpt tidur lena utk lagi sebulan lebih la....

Ya Rahman, Ya Rahim...terima kasih kerana memberi idea dan menitipkan inspirasi dan ilham utk ku bantu students ku. terima kasih, ya Allah...terima kasih..alhamdullillah!!!

Thursday, September 8, 2011

selamat hari raya!!!

SELAMAT HARI RAYA!

Dalam pada takde mood nak beraya, sakan lah jugak aku kesana ke mari beraya dgn sedara mara. nak buat mcamana...family ramai. ada orang tu akhirnya realize yang dia was a bit inconsiderate. so apology accepted and all we kissed, we made up.


Selamat Hari Raya korang semua...maaf zahir dan batin. Kalau ada terkasar bahasa, salah bergurau, terasa hati mintak maaf eh...mintak halal makan minum aku kalau ada eh. Jemput datang ke rumah kami!

Saturday, August 27, 2011

selamat hari raya semua.

sebenarnya tak nak sambut raya pun. tahun ni betul2 takde mood. partner lak demam time nak raya ni, jadi semua benda aku buat sorang. buat la kuih raya sdr utk menikkan semangat dan mood raya. ada asik ipar stay kat sini pun tak boleh harap. aku bukan jenis manusia yang berkira makan pakai. apa aku makan kau makan la. kau takde duit aku tanggung. tapi kalau pinggan pun basuh sendiri punya, kain sebakul menunggu utk disidai tapi pilih kau punya aje...sapa tak bengang. dah la sepanjang puasa ni nak sahur tinggal tunggu kejut je. kau ingat ni rumah sewa bujang kau masa kau belajar ke? kau kau, aku aku? penat tau tak. menjaga korg dua beradik...aku dah rasa mcm orang gaji kat rumah ni. padan la mak korg nagis2 setiap kali malam raya..

dalam pada memendam rasa, bleh la plak partner siap2 pki baju nak gi klinik..kuar plak statement "kalau nak harapkan awak hantar saya gi klinik mmg tak sampai la." waaaaaaaa......nak menitik air mata aku. aku dah satu pagi mengemas rumah takde org tolong, ada kau kisah? penat la.....jgn la ckp mcm ni.

aku betul2 hlang minat nak raya. boleh tak aku lari raya sorg2 kat tpt lain........ dpd org tak appreciate apa aku buat, lebih baik aku jumpa org lain yg tak kenal aku..jadi dia tak perlu appreciate aku.

Monday, August 22, 2011

another adele.



deleted the earlier post. i repeat.

must get the CD. so old fashion i am.

Sunday, August 21, 2011

hari ni anniversary saya. sucks...

yesterday dgn jiwa kentalnya aku ke klinik utk buat test. after more than 14 days late, i was hoping this year we would have something to celebrate. it came out negative. runtuh juga empangan air mata ni. tried to be brave the whole day. tgh buat kuih raya petang tu bleh la sambil menangis2. sekali pndang senario tu mcm bibik kena paksa buat kuih raya lak...hahahahahaha.

so aku decided utk decline invitation ke annual iftar wit uni friends. last year pun tak pegi. aku tak nak ke sana untuk menjadi penonton keluarga bahagia dan tukang banci tahap kesuburan kawan2 @ berkenalan dgn anak2 diaorg.

label la aku ni tak sabar, kata la aku ni tak redha, call me anything. i dont have the energy to go through all these anymore.... i wish i can quit and drop everything so that my loved ones dont have to wait for it with me. sapa tahan beb kalau pagi2 raya asik cakap tunggu zuriat dpd aku...rasa mcm nak bunuh diri aje bila dtg raya tiap2 tahun. tapi, klu mati jenuh la plak kena interview dgn malaikat dlm kubur.

happy anniversary, hubby. sorry.....

Saturday, August 20, 2011

jangan beri aku harapan jika ia hanya untuk mengecewakan.


Tuesday, August 16, 2011

is it or is it not?

it 's late. for the second time.

14 days to be exact. the first time, i tested and it was -ve. i was devastated. it changed my whole faith on having a family altogether. how can your body played tricks on you??

scared to take the test. scared that the heartbreak repeats. i might lose myself.

why can't i be normal like other people?

Thursday, August 11, 2011

another 2/3 to go

Alhamdulillah...selesai sudah 1/3 Ramadhan...sekejap je masa berlalu. amacam? dah berapa muka Quran dibaca? ada miss Terawikh? saya dah..hehehe...partly because penat but mostly sebab malas. heeeeeeee... Na'uzubillah...patutnya berebut nak pahala tp ni malas2 pulak. bukan apa..mcm sakit hati gi masjid nearby tu..rmi sgt budak2 yg bising memain, bukan sembahyang. pak imam dah ingatkan pun mmg jenis tak makan saman. dpd buang pahala mengomel sakit hati baik buat sendiri kat umah. eh, mudah Islam sebenarnya. mmg la pahala 27 kali ganda jika bejemaah tapi org pompuan mmg tak dituntut pun ke masjid. apa kata kita try buat sdr kat umah...terawikh maknya rehat, santai. boleh buat soalat 2 rakaat sikit2. klu penat, stop jap. anak nangis? layan lah dulu. then sambung balik. haus? gi la minum. selawat in between solat tak tau? takpe..itu bukan rukun pun. mudah kan? jgn tinggal terawikh langsung...rugi..

11 hari puasa...baru 2 kali tak masak.. hebat..hebat...dah habis idea dah nak buat menu apa...

ada cadangan?

Friday, August 5, 2011

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan sekali lagi

Ramadhan datang lagi.

Syukur masih diberi peluang manghirup udara bulan berkat. baru nak dapat feeling.

Apa yang kau suka tentang Ramadhan? hehehe...harap2 bukan semata2 kerana makanan yg nikmat dan hebat. Aku pulak sukakan waktu berbuka kerana masa tu semua orang berada dalam rumah. takde hiruk pikuk, takde mat rempit, takde org bersepah2 kat tgh jalan. suma duk diam2 makan kat rumah. bukan ke waktu maghrib sepatutnya mcm tu? tenang dan hening.

seperti tahun2 lepas, aku masih lagi memanjatkan doa yang sama. harapan yang sama. walau pun saban tahun rezeki tu tuhan beri kepada org lain dulu. mungkin mereka lebih memerlukan kegembiraan tu berbanding aku.

jadi, berdoalah. panjatkanlah harapan. Dia Maha Mendengar.

Sempena kehadiran penghulu segala bulan ini, lapangkanlah dada kami semua untuk menjalani ibadat. bukakan seluas-luasnya langit rahmat-Mu agar doa kami semua dimakbulkan. berikanlah kami kecekalan untuk berhadapan dgn ujianMu. kuatkanlah semangat kami untuk mempertahankan iman kami daripada godaan dan gangguan. berikanlah kami peluang sepenuhnya untuk menikmati semua keindahan, kenikmatan dan kelazatan Ramadhan kali ini kerana kami tak tahu jika kami akan bertemu lagi bulan agung ini pada masa depan. 


Selamat berpuasa semua!

Tuesday, July 26, 2011

sila tanggung salah sendiri

MIL called. dia skp dgn anak dia la. ada org nak bg twin boys. bermnat x? hehehe...bunyi mcm nak jual beli keta je kan.

"ada mak bapak?"
"ada"
"dah tu...kenapa tak jaga..kan ada parents"
"maknya tak reti jaga"
"kenapa plak?"
"umur baru 15, 16..mana tau jaga"

hampas taik punya budak. ko dah pnadai beromen, pandai beranak...pandai la jaga. kalau 9 bulan bleh memboyot menahan kesusahan, kalau masa beranak bleh tahan nyawa di hujung tanduk...takkan x bleh jaga kut. bukan ko berminat pun dgn sekolah dan akademik lagi kan? klu kau berminat..takde la kau menyundal smpi jd mcm ni.

pastu sibuk mak bapak kau cari org2 bernasib malang tak beranak mcm aku ni nak suruh bela. pandai kan kau...

heh..aku mmg kesian dgn bb tu..menggelitik je dgr twins. tapi dah smpi masa bdk2 mcm kau belajar tanggung kesilapan diri sendiri. there's no easy way out. aku susah payah berubat sana sini nak dpt anak tapi hasil zero.. ko senang2 jek nak suruh org bela hasil haram kau kan. klu mcm tu bila kau nak tebus kesalahan kau? apa tanggungjawab kau pada anak kau?

aku bukan takde hati perut....tapi selama ni mulut org sekeliling suma menunjukkan dia takde hati perut dgn aku. so, buat apa aku nak tunjuk ehsan sgt kat org mcm kau? aku suggest mak bapak kau pun belajar terima kenyataan yang itu cucu kau...haram ke halal ke...jgn lepas tgn sebab malu. jijik ok, pakcik makcik...jijik sangat. no...cucu2 tu tak jijik...anak kau yang jijik.

Monday, July 18, 2011

pandai tapi tak beradab

went to undergo my HSG.

the doc was really young. so i was quite surprise with her commanding tone towards the staff. tapi biaq pi la..i was more concern with the position i was in. of course la...having ur vi-jay-jay opened is embarassing what... i felt stripped!

while preparing me, she asked a lot about my background.. my occupation etc. then she asked me ajar apa. i said science. she asked again "which scinece? bio, chem or physics?"

me: sy ajar sek rendah..mana ada subject tu
doc: sek tu sek cina ke? ke sek melayu?
me: (hey, dia ni dpd zaman pra-kemerdekaan ke) sek kebangsaan. semua org bleh masuk.
doc: u ajar sci dlm english ke bm?
me: dwi bahasa.
doc: mcmana tu?
me: well, ajar la dlm dua2 bahasa. tp klu yang kelas hujung tu bm la.

and then she started firing me on how we should start somewhere so that anak2 kita bleh pndi la..maju la...tak ketinggalan la...

hello...darah aku dah mendidih je dgr time tu. obviously her english isnt that good. because she speaks broken english.

ingat kitaorg cikgu ni tak ajar ke dlm bi? kut ajar smpi berbuih mulut tp murid tak faham buat apa kan? mmg la bagus english tu , takde sapa menafikan. bukan semua cikgu mengajar sklh bandar, rmi yang mengajar di kampung. dalam 100 org, berapa kerat je yg paham (klu tak pndi bercakap pun) english? FYI, aku TAK pernah claim duit elaun BISP sbb tau tak mengajar 100 dlm BI. Dlm UPSR dan exam akhir tahun, PPD tak tanya pun peratus kefahaman BI murid aku...yg depa nak tau cuma berapa peratus yg lulus dan lulus cemerlang. kut tak cemerlang, mmg muka diaorang la akan bertunggu tangga kat sklh utk check itu ini. setau aku, cikgu2 BI yg perlu pengukuhan PnP. bukan kacau subject lain. bukan usik subject lain. My english is much better than my average friends not because my maths teacher  taught in english but my english teacher taught me well.

bangang punya doc. ko ingat ko jd doc tu pndi sgt ke? area kempas pun tak tau lg nak berlagak. ko tu keja dah berapa tahun ha?

so aku sabar je sbb dia tgh open aku kan. habis je prosedur tu, aku salin baju...dan tny staff makmal radiology. rupanya dia doc baru. aku cuma ckp:

"bagus eh..muda2 dah jadi doktor. tapi sayang la, agaknya cikgu BM dia lupa nak ajar berbahasa."

Sunday, July 3, 2011

rasa apa? warna apa?

permintaan dpd kengkawan. mintak buatkan cupcakes untuk dijual di Hari Terbuka.

alamak...nak buat kek apa? klu ikut2 favourite ramai choc cupcakes la jawabnya. takkan tu aje. nak buat vanilla ke? boring la perasa tu. emmm...mcm nak buat hazelnut choc. ishh...

hmm...sempat buat satu resepi choc yg modalnya kurang dan rasanya sedap. frosting apa eh? asik buttercream jek. buat creamcheese mcm best tp pandai ke org makan cheese tu? pening betul la...and at the same time excited sbb dpt alasan utk buat kek.

ada cadangan?

Monday, June 27, 2011

the help


read the book. superb. awesome. love it, love it, love it!!!

can't wait for the movie.

Monday, June 20, 2011

gray's anatomy

Setelah sekian lama meminati warna kukuningan, aku beralih arah kepada KELABU.

nice?

lebih kurang sama mcm tadi kan?

i feel stark naked with the color combo...too much white i think.
 would be good with my beach-house-anganku

this so NY... i like..


grey and red would be perfect...but the floor is already yellow-brownish. any suggestion?


Tuesday, June 14, 2011

menanti 2 malaikat utk diinterview

hahahahaha...tajuk seram la konon.

saja je....one of my dear students baru saja kehilangan ayah...meninggal dalam tidurnya...walhal baru sehari pulang daripada bercuti bersama keluarga. if you are reading this, please sedekahkan al-Fatihah kepada saudara Abd Rahman. thank you.

ada satu kenangan yang aku takkan lupakan bila sebut nama arwah. 2 tahun lepas, si anak ni (student aku tu la) mmg sangat berbakat dlm sports esp netball. mmg dah ditrain dpd umur 8 tahun utk jadi player netball. nak dijadikan cerita, pleyer netball akan bermain dgn jersi seragam..iaitu skirt dan jersi sleeveless. student aku ni lak cucu kepada imam masjid di majidi, si ayah plak org kuat masjid...jadi takkan la nak dibenarkan anak tu bermain dgn aurat yg terdedah. ye tak? jadi berlakulah pergeseran antara guru2 netball dgn keluarga itu. in the end, student aku td tu tak main la netball utk team johor. nampaknya undang2 sukan lebih penting daripada peluang utk merangkul kejuaraan.

my point...si arwah mmg teguh dgn keputusan utk tidak membenarkan anaknya bermain kecuali jika dia dibenarkan menutup aurat. apabila dia menghembuskan nafas terakhir...aku terfikir dan timbul lah rasa kagum dan terharu. sebagai ayah, si arwah dah menjalankan tanggungjawabnya untuk mempertahankan maruah dan aurat anak perempuannya. walaupun dia dikutuk dan dipandang sebelah mata oleh makcik2 netball tu.

pernahkah kita memikirkan tanggungjawab kita? kita tak dinilai dengan berapa byk anak kita dpt A, berapa byk piala dia dah peroleh. kita akan ditanya mcmana solat anak kita, sahsiahnya, tahukah dia menjaga maruahnya, adakah kita menjaga maruah anak kita? not that mencapai kecemerlangan dunia tu tak penting, tapi pemerhatian aku nmpknya lebih ramai yg mengamuk anak tak buat homework berbanding jika dia tak solat.

insaf aku, beb...walaupun aku tak bernasib baik mcm korang nutuk menimang cahayamata, tapi aku takut kalau aku tak jalankan tanggungjawab tu kalau ditakdirkan ada anak.

Saturday, June 11, 2011

holiday blues

ni la bahana bercuti lelama. org lain 2 minggu, aku almost sebulan. kan dah malas... 

tolooooooonggggg....saya malas nak gi sekolah..tolong rotan saya!!!!!